Monday, May 28, 2012

Belia Tolak PR! BN Pilihan Org Muda!

Adam Adli gagal tarik belia Selangor

Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan.

Jika selama ini mereka gah mendakwa perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.


Mengikut perancangan asal, sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir.

Malah Anwar Ibrahim yang pada mulanya dijadulkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau sedikit. Malu dan segan agaknya.

Sedari awal penganjuran Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat.

Kegagalan Konvensyen Belia anjuran kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.

5 comments:

Anonymous said...

padan muka pkr selangor, hajat hati nak kacau program kat putrajaya lah tu. alih2 banyak tu je yg hadir. dah tu panggil pula si bapok adam adli jadi ikon belia. ikon belia yg ganas, tak tahu kenang budi. padan muka adam adli!

Anonymous said...

rasanya program pkr ni jauh lebih baik dari program kat putrajaya yang ntah2 diwajibkan / disogokkan / diumpan dengan hiburan duniawi semata. Niat PKR baik untuk menarik remaja2 selanogr jauh dari maksiat.

Azleen ahmad said...

Saya berbangga kalau terdapat anak anak muda yang boleh menilaikan yang mana baik atau tidak.bagi saya dari dulu sampai sekarang ,hanya BN saja yang layak memerintah malaysia.Yang Anuar tu cukup cukuplah,tak habis habis nak berebut kuasa dan menghasut orang lain.Bertaubat ajelah,umur makin tua bukan makin tua.

Raja Izan said...

Saya tinggal diluar negara tapi baru baru ni saya pulang bercuti dan amat terkejut dengan himpunan BERSIH yang diadakan di kuala lumpur.Betapa malunya saya apbila melihat perangai orang melayu kita yang terlibat dalam himpunan itu. Dari keganasan yang berlaku pun sudah menunjukkan betapa tidak bertanggung jawabnya manusia ini.Janganlah beri nama BERSIH kalau perlakuan tak BERSIH.Jadilah rakyat malaysia yang berdedikasi dan bertanggungjawab sebagai seorang rakyat dan bershukur dengan segala yang pemerintah dan kerajaan sediakan.Tahu tak bagaimana kalau tinggal diluar negara dimana segalanya mahal dan hospital pun rakyat kena bayar sendiri.Adakah kita nak negara kita jadi kucar kacir seperti negara negara yang dilanda masalah seperti, egypt,syria,indonesia dan lain lain.Renung renungkanlah sebelum mengikut dan bertindak.Jangan ikut perasaan dan jadi Pak turut,guna akal fikiran dan jangan ingat senang tugas pemimpin dan kerajaan nak menjaga segala gala urusan rakyat.Hormatilah Perdana Menteri kita ,sememangnya dialah ketua kita.

Anonymous said...

tahniah belia selangor!!
Kita benci PAS..benci PKR..benci DAP..
KUBURKAN PEMBANGKANG dari bumi malaysia..ayuh belia!!