Monday, May 21, 2012

Debat KJ VS Rafizi Malam Esok! #KJvRafiziDebate


Setelah tertangguh dari jadual asalnya 3 Mei lalu kerana situasi politik ketika itu panas kerana demo Bersih, debat antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mengenai isu PTPTN akan diadakan jam 10 malam Selasa 22 Mei, malam esok.

Debat tersebut sepatutnya diadakan awal bulan lalu tetapi ditangguhkan berikutan keadaan yang agak 'panas' kerana ia dijadualkan hanya selepas lima hari selepas himpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, debat anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.

Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.

Dijangkakan esok malam juga akan diadakan secara langsung daripada beberapa pusat tontonan diseluruh negara.

No comments: