Tuesday, May 29, 2012

3 Hasan Ali Akan Dedahkan Kebodohan PAS Dalam Pakatan di Roadshow Negeri Sembilan!


Datuk Dr Hasan Ali tentu sekali sedar bahawa kini wujud momentum baru yang boleh buat Pakatan Rakyat terutamanya PAS tak senang duduk.

Melihat dari jumlah kehadiran orang ramai di setiap roadshow yang diadakanya, jelas aura bekas Naib Presiden PAS itu nyata tidak terhakis dengan segala kecaman yang diterimanya termasuk kononnya jadi alat UMNO sejak dipecat oleh parti yang disertainya 13 tahun lalu.

Bahkan menggunakan platform sendiri Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) yang disertai oleh kawan-kawan lama beliau dalam PAS dan mereka yang bersimpati dengannya setiap ceramah Hasan Ali mendapat sambutan luar biasa.

Senang cakap kalau PAS dakwa roadshow Dr Hasan tidak memberi sebarang kesan itu tanda mereka cuba memujuk hati sendiri.

Kekuatan Dr Hasan ialah pada kredibilitinya apa lagi dilihat sebagai mangsa percaturan dalaman PAS yang terlalu nak jaga hati PKR dan DAP.

Selanjutnya kita jumpa di Roadshow Hasan Ali di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan jam 9 malam pada hari jumaat ini...

3 comments:

Anonymous said...

Cuma ingin dengar kata dua dari orang-orang kuat PAS sebelum ini iaitu :-
Harun Din????
Ismail Kamus???
Tak...kan diam seribu bahasa bila umat Islam di Malaysia ini asyik fitnah memfitnah antara satu sama lain?
Keluarkan kenyataan yang benar tanpa kepentingan politik, biarlah pahit untuk ditelan tetapi kesucian Islam adalah perjuangan suci.

Anonymous said...

mereka menjadi diam kerana pas kini sebenarnya telah terbabas dari perjuangan asal. mereka memperjuangkan hukum hudud, tetapi menyedari mereka sendiri pun tidak layak untuk menjadi saksi kes hudud, ambil contoh mat sabu - menipu - katanya kenderaan polis langgar dia wal hal dia terbabas sendiri. macam mana mereka mampu menegakan hukum hudud kalau dikalangan pimpinan mereka sendiri tidak layak menjadi saksi bagi kes hukum hudud, nik ajis - hem juga tak layak - dihukumnya wajib bersahabat dengan iblis dan lgbt (ambiga - pejuang lgbt) sedangkan banyak ayat alquran dan hadis melarang bersahabat dengan lgbt. adalah perbuatan yang bercanggah dengan alquran dan hadis ini termasuk dalam kategori orang bertakwa sedangkan nilaian takwa itu cukup tinggi ... adakah hukum hudud sebagai barang dagangan oleh parti agama pas demi menuju putra jaya. dan ketakutan kepada nik ajis maka ulamak dalam pas yang nampak kebatilan dalam pas terpaksa membisu ... fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

PAS sebenaqnya sudah ada kekuatan dalaman sejak dulu lagi tapi pendirian hassan ali jek dah tunggang terbalik dulu dihormati semasa menjadi bukan ahli politik bila dah masuk bidang nie mulalah dia dikutuk, saya bukan defend hassan ali tapi saya mang tak suka pendirian beliau mcm lalang...seorang pejuang Islam teguh pendiriannya..adakah anda mengikut pendirian Hassan Ali

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates