Sunday, May 20, 2012

Muzakarah: Jika Pas Ikhlas Usah Letak Syarat!


Pas diminta tidak meletakkan syarat bagi muzakarah dengan Umno, jika parti itu benar-benar ikhlas untuk berbincang, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Umno sudah lama menyatakan persetujuan untuk mengadakan muzakarah itu tetapi Pas sebaliknya meletakkan syarat tidak munasabah sehingga menggagalkan usaha tersebut.

"Nak berbaik seperti mengadakan muzakarah ini lebih baik jangan adakan syarat. Sepatutnya tidak ada syarat yang boleh menjejaskan pertemuan ini. Ini perkara baik dan perlu disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak. Yang penting adalah untuk melihat perpaduan dapat dijalinkan dengan baik," katanya selepas merasmikan Seminar Kejururawatan sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustafa.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno, namun dengan syarat pokok persoalan muzakarah haruslah tertumpu mengapa menolak Islam.

Katanya kedua-dua parti Melayu beragama Islam itu perlu duduk semeja membincangkan bagaimana untuk mengeratkan perpaduan dan memperteguhkan Islam itu.

"Kita harus terbuka untuk mengadakan muzakarah ini. Bagi UMNO, ini adalah untuk kebaikan negara akhirnya," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sementara itu, Mustapa berkata cadangan untuk mengadakan debat terbuka menjelang pilihan raya umum bukanlah suatu perkara baru dan telah diamalkan sebelum ini.

"Debat terbuka ini sentiada diadakan dan akhirnya memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Mustapa berkata rakyat harus mengetahui betapa besarnya jasa kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

"Rakyat hanya membayar kira-kira satu peratus sahaja caj perubatan kerana yang lainnya telah diberikan subsidi yang cukup besar," katanya. - Bernama

Reaksi Ketua Pemuda UMNO :


"Muzakarah hanya kalau UMNO masuk Pakatan. Syarat yang tak masuk akal sebab PAS dah dapat apa dia nak dari Anwar. Khalas. Drama habis."


"So ini yg berlaku. PAS timbulkan isu muzakarah. Anwar panik dan hubungi TGNA. Anwar tanya apa PAS mahu. TGNA jawab mahu kerusi2 tertentu PRU13"


Kerana kepentingan Politik! PAS sanggup lacurkan Agama dan persetankan penyatuan...

2 comments:

Anonymous said...

bro jinggo, u ni sekolah ke tak? boring... tulisan kampungan sgt... boriiiiiiiiiiiiiiggggggggggggggggggg

Anonymous said...

Kalau percaya apa yang Nik Ajis tu cakap.., bodo laa...