Friday, May 25, 2012

Nurul Izzah Kena Baling Telur Busuk Semasa Ceramah Di Lembah Pantai!


Ceramah PR di perkarangan flat di Lembah Pantai menjadi kecoh apabila beberapa individu yang tidak dikenali membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin parti tersebut.

Didapati seorang penyokong dari parti tersebut cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.


Beberapa orang yang lain turut terkena balingan telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada pentas ceramah itu terputus dan keadaan menjadi gelap.

Sementara itu di twitter, Ketua Pembangang, Anwar Ibrahim membuat tuduhan liar yang menyatakan serangan tersebut di rancang oleh parti Umno!

"Nong Chik hrs jwb!! @yimanas: @king_jason_ori: @RajaNongChik bai.hang hantaq budak baling telor n batu kat ceramah PR ker bai? awat terok sangat? @n_izzah @OtaiReformasi". Anwar dan balacinya membuat tuduhan yang tidak berasas kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik.

RT @n_izzah: "berlaku di hadapan saya & @anwaribrahim ketika beliau sedang berucap di Lembah Pantai. Inilah budaya samseng UMNO" #fb http://t.co/ItNi67bO. Anwar Retweet kenyataan Nurul Izzah.

"Dr prog tajaan umno @izwanfirdaus: Org2 yg mendengar ceramah DS kena baling batu dan telur? Ganasnya, siapakah yg membaling itu?" Jawapan Anwar fitnah Umno!

Lagi tuduhan tidak berasa dari Anwar melalui laman twitter, "LemPantai dgn batu! @chegubard: @mbnizar di K.Kangsar 'umno' baling cat biru ? Sindrom ujung usia.esok 9mlm Kota Masai,Pasir Gudang".

Bila berlaku perkara buruk semuanya salah UMNO!! apa celop puak Pembangkang ni! Dah kehabisan modal untuk meraih simpati dari rakyat ke?

No comments: