Wednesday, June 6, 2012

0 Pemuda Positif Peringatan Muhyiddin


Peringatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dianggap sesuatu yang positif supaya tidak ada yang leka dan lalai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, peringatan itu lebih kepada nasihat dan sebagai rangsangan kepada jentera parti untuk melipatgandakan usaha mendekati rakyat.

Menurutnya, kenyataan Muhyiddin juga lebih kepada kebimbangan dengan sikap beberapa pihak yang begitu yakin hingga tidak menjalankan kerja dengan baik.

"PRU13 adalah satu persimpangan jalan penting buat BN bagi menawan beberapa negeri seterusnya mengekalkan kemenangan sedia ada," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Exco Pemuda, Datuk Muhammad Khairun Aseh bersetuju peringatan tersebut, namun berharap PRU13, BN akan cuba membuat perubahan daripada segi calon yang akan bertanding.

"Peringatan itu amat jelas. Jika mahukan kemenangan lebih besar diraih, mungkin kepercayaan boleh diberikan kepada muka-muka baru untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan," katanya.

Sementara itu, MIC sentiasa jalankan gerak kerja secara berterusan sehinggalah menjelang PRU13.

Setiausaha Agungnya, Datuk S Murugessan berkata, tindakan Muhyiddin yang melahirkan kebimbangan menghadapi PRU13 kali ini membuatkan MIC akan berusaha lebih keras untuk mencapai matlamat BN seterusnya mengekalkan momentum sedia ada.

-Sinar Harian

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates