Tuesday, June 5, 2012

1 Submarines: Who Is Funding SUARAM To Lie?


A straight-forward purchase of military assets has never before been politicized in a way the SUARAM did with the scorpene submarines. The submarines case ‘emerged’ again in Bangkok recently, when SUARAM made a press statement to brief on the progress of the investigation by the French. Admitting that the case sounded like a Hollywood spy thriller, SUARAM continued to precede the court, calling the government corrupt and the Prime Minister, a murderer!

The judge said that the investigations will not complete in 2-3 years, so why can’t SUARAM just sit still and wait for the verdict? Why the press conference? Why the publicity? Why now?

In talking about the case, one must have a fair knowledge of SUARAM’s background. With the General Election around the corner, the motive of SUARAM in bringing back the dead is clear.

SUARAM is an NGO that has been highly critical of the government. This is understandable as it was formed by families of ISA detainees. In other words, it was formed out of grudges, vandettas, revenge and it breathes on unsettle scores with the government. And working with the oppositions is the best way to revenge the government.

SUARAM claimed to have gained full privileged access to the 153 investigation papers from the public prosecutor’s office and now selectively briefing the people from the list. It is obvious that SUARAM is trying to portray itself as an independent board that has the power to determine justice. Whereas, in this case, SUARAM is just a plaintiff a.k.a the complainant who has no right to draw conclusion as whether corruption did occur, what more link it to murder.

Therefore, as a responsible organization with no hidden or evil agenda, it is only best and sensible for SUARAM to let the case proceed ‘peacefully’ in court.

But SUARAM just can’t sit still. They need to tarnish the government’s image and smear the PM’s name in order to help the opposition gain some political mileage, up till the election. Should their lies be exposed later after the election, then be it. Right now, the SUARAM is determined to continue lying that the PM or his wife had murdered Altantuya, a Mongolian model cum an interpreter and a mistress, who asked for her part of the commission from the scorpene’s transactions.

But their lies have already been exposed. The original ‘hollywood spy thriller’ script has been scrapped-off by the writer himself, Raja Petra Kamaruddin (RPK). In an interview, RPK exposed how he made-up the hearsay story, as ordered by some parties in the oppositions.

The script was also way too dramatic that it failed to tally with the facts. The facts remained that at the time of the murder, the PM was attending a ‘buka puasa’ program in Kedah while his wife, Datin Seri Rosmah had a separate ‘buka puasa’ program with the orphanage in Tabung Haji, Kuala Lumpur. There are video, pictures and alibis to confirm that Datin Seri Rosmah was never at the crime scene, as written by RPK, in his original script.

The PM didn’t know Altantuya, and that’s a fact too. The badly ‘doctored-picture’ by Tian Chua, Vice President of PKR showing them together, is in itself a proof of lie made by the oppositions. To stress the fact that he didn’t know the girl, the PM was more than ready to swear in the name of Allah, as according to the Islamic procedures – and he did, not once, but 4 times. No Muslims in their right minds would swear in the name of Allah should they are not truly innocent.

The Malaysian court not only could not find anything to connect the PM or the wife with the murder but there were also no commissions or an Interpreter ever mentioned in the murder trial. This is because, Altantuya was not an interpreter as there was no interpreter needed in the scorpene’s transactions since all conversations and documentations are in proper English.

So, looking at it all, it is no doubt that Scorpene and Altantuya’s life was nothing but a political game for the Oppositions…and SUARAM too.

In their statement, SUARAM claimed to have gained full privileged access to the 153 investigation papers from the public prosecutor’s office and now selectively briefing the people from the list. It is obvious that SUARAM is trying to portray itself as an independent board that has the power to determine justice. Whereas, in this case, SUARAM is just a plaintiff a.k.a the complainant, who has no right to draw conclusion as whether corruption did occur, what more link it to murder.

Nevertheless, SUARAM admitted that they can’t take any evidence outside of France and that the briefing was based on no hard evidence, but their words alone.

Well, we have heard enough of their words and the more we hear, the fishier it becomes. How do we take words from the families of the people who were caught under ISA – most probably for potentially imposing danger to national security? How do we take words from the people who are full of hatred and grudges? How do we take their words when most of their words have been proven to be lies?

In scrutinizing SUARAM’s motive, we must agree that grudges alone do not generate money. So, where does SUARAM get all the money to hire two highly paid French lawyers, namely Joseph Breham and William Bourdon to represent them? Are they paid by the hour, like most western and european lawyers are? Note that these lawyers were taken to Malaysia and then Bangkok just for publicity purposes. And how many of SUARAM’s officers are there in France to monitor the case, and for how long? Who paid for their travelling expenses, lodging, meals, refreshments, documentations? …And how much?

We know that SUARAM is small organization, almost unknown to ordinary Malaysians. How can they afford all these?

I’m sure, by now everybody would agree that it is beginning to look like SUARAM is the one should be under trial, not our government.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com

Pembelian aset tentera tidak pernah lagi dipolitikkan sebegini rupa sepertimana yang dilakukan oleh SUARAM terhadap kapal selam Scorpene. Kes kapal selam ini ‘timbul’ lagi di Bangkok baru-baru ini bila SUARAM membuat sidang media untuk memberi taklimat tentang perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa di Perancis. Mengakui bahawa ia berbunyi seperti filem aksi risikan Hollywood, SUARAM terus mendahului mahkamah menuduh kerajaan korup dan Perdana Menteri sebagai pembunuh!

Menurut hakim, siasatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 tahun. Jadi, kenapakah SUARAM tidak boleh duduk diam sementara menunggu keputusan? Kenapa mesti ada kenyataan akhbar? Kenapa perlukan publisiti? Kenapa sekarang?

Bercakap mengenai kes ini, seseorang itu harus mempunyai sedikit pengetahuan mengenai latarbelakang SUARAM. Dengan Pilihanraya Umum semakin hampir, motif SUARAM ‘membangkitkan orang mati’ adalah jelas.

SUARAM adalah NGO yang amat kritikal terhadap kerajaan. Ini kita faham kerana ia ditubuhkan oleh keluarga bekas tahanan ISA. Dalam ertikata lain, ia ditubuhkan berasaskan dendam kesumat serta hidup atas keinginan untuk membalas dendam terhadap kerajaan. Dan bekerjasama dengan pembangkang adalah cara terbaik untuk melakukannya.

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, tanpa agenda jahat atau tersembunyi, seharusnya SUARAM membiarkan saja kes ini berlangsung dengan ‘aman’ di mahkamah.

Tetapi SUARAM tidak boleh duduk diam. Mereka perlu merosakkan imej kerajaan dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri untuk membantu pembangkang mendapat sedikit keuntungan politik sehingga pilihanraya. Jika penipuan mereka terdedah selepas pilihanraya, biarkanlah. Tetapi buat masa ini, SUARAM berazam untuk terus menipu kononnya PM dan isteri telah membunuh Altantuya, seorang model dari Mongolia yang didakwa sebagai seorang penterjemah dan dibunuh atas alasan meminta bahagiannya dalam komisen pembelian kapal selam Scorpene.

Tetapi penipuan mereka telah pun terdedah. Skrip asal filem risikan Hollywood telah dimusnahkan oleh penulisnya sendiri iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK). Di dalam satu wawancara, RPK telah mendedahkan bagaimana dia mereka-reka keseluruhan cerita berkenaan ‘dengar cakap’ setelah diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam pembangkang.

Skrip ini juga terlalu dramatik sehingga tidak selari dengan fakta. Fakta kekal merekodkan bahawa pada masa kejadian, PM sedang menghadiri program berbuka puasa di Kedah dan isterinya, Datin Seri Rosmah menghadiri program yang sama bersama anak-anak yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur. Terdapat video, gambar dan juga alibi yang mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah tidak berada di tempat kejadian sepertimana yang ditulis dalam skrip asal RPK.

PM tidak mengenali Altantuya, dan itu juga adalah fakta. Gambar superimpose lemah yang disebarkan oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menunjukkan mereka bersama adalah dengan sendirinya bukti bahawa pembangkang adalah penipu. Bagi menegaskan bahawa beliau tidak mengenali wanita itu, PM lebih dari bersedia untuk bersumpah atas nama Allah mengikut hukum Islam, dan beliau melakukannya bukan sekali, tetapi 4 kali. Tiada seorang Islam yang waras yang berani bersumpah atas nama Allah jika mereka benar-benar bersalah.

Mahkamah Malaysia bukan sahaja tidak dapat menjumpai apa-apa untuk mengaitkan PM atau isteri dengan pembunuhan itu tetapi juga tidak menyebut langsung mengenai komisen atau kewujudan seorang penterjemah dalam perbicaraan. Ini kerana, Altantuya bukan seorang penterjemah dan tiada penterjemah diperlukan dalam transaksi Scorpene memandangkan semua perbualan dan dokumentasi dilakukan dalam bahasa Inggeris.

Justeru, melihat dari semua ini, tidak syak lagi bahawa Scorpene dan nyawa Altantuya hanyalah permainan politik bagi pembangkang…dan juga SUARAM.

SUARAM menyatakan bahawa mereka telah mendapat capaian penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat pendakwaraya dan kini memberi taklimat secara terpilih dari senarai tersebut. Jelas bahawa SUARAM cuba membayangkan pertubuhannya sebagai bebas dan punya kuasa untuk menentukan keadilan. Di mana, dalam kes ini, SUARAM hanyalah plaintif atau pengadu yang tiada hak untuk membuat keputusan sama ada korupsi berlaku atau tidak, apa lagi mengaitkannya dengan pembunuhan.

Walaubagaimanapun, SUARAM mengakui bahawa mereka tidak dapat membawa keluar bukti dari Perancis dan taklimat tersebut adalah berdasarkan kata-kata mereka semata-mata.

Kita telah mendengar kata-kata SUARAM dan semakin banyak kita dengar, semakin pelik bunyinya. Bagaimana kita memegang kata-kata keluarga orang-orang yang ditangkap di bawah ISA – iaitu orang-orang yang berpotensi membahayakan keselamatan negara? Bagaimana kita hendak memegang kata-kata manusia yang penuh dengan dendam kesumat? Bagaimana kita HENDAK memegang kata-kata mereka yang telah terbukti menipu rakyat Malaysia?

Dalam menghalusi motif SUARAM, kita harus bersetuju bahawa dendam sahaja tidak akan menjana wang. Jadi, di mana agaknya SUARAM mendapat wang untuk mengupah peguam Perancis yang mahal, antaranya, Joseph Breham dan William Bourdon untuk mewakili mereka?. Apakah mereka dibayar mengikut jam sepertimana kebanyakan peguam barat dan Eropah? Ambil maklum bahawa peguam-peguam ini dibawa ke Malaysia dan Bangkok untuk tujuan publisiti. Dan berapa ramai pula pegawai SUARAM di Perancis yang memantau kes ini? dan untuk berapa lama? Siapakah yang menanggung kos penginapan, pengangkutan, perjalanan, makan-minum, dokumentasi dan segala-galanya?...dan berapakah jumlahnya?

Kita tahu bahawa SUARAM adalah sebuah pertubuhan yang kecil, hampir tidak dikenali langsung di kalangan rakyat biasa di Malaysia. Bagaimana mereka mampu membiayai semua ini?

Penulis percaya, ramai yang akan bersetuju bahawa nampaknya SUARAMlah yang perlu disiasat dan dibicarakan oleh rakyat yang inginkan kebenaran, bukannya kerajaan.

1 comments:

Anonymous said...

suaram ini singkatan Suara Anak Haram ker?

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates