Thursday, August 9, 2012

0 Bukti Pembangkang Tidak Sepakat - Khairy


Pemilihan tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang berbeza di negeri-negeri ditadbir pembangkang membuktikan mereka sebenarnya tidak bersepakat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkembangan itu mempunyai hikmah tersendiri kerana rakyat dapat melihat pakatan pembangkang tidak sependapat walaupun dalam perkara yang mudah.

''Kita boleh membayangkan bagaimana pembangkang akan mentadbir negara sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum.

''Setiap negeri mungkin menggunakan undang-undang dan dasar berbeza. Mungkin di Kelantan dan Kedah ada hudud tetapi di Pulau Pinang tiada," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pasukan Siber Pemuda Barisan Nasional (BNYCT) di Dewan Sri Endon, Menara Datuk Onn, semalam.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas pemilihan tiga tema sambutan Hari Kebangsaan Ke-55 yang berbeza di empat negeri diperintah pembangkang seperti dilaporkan.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates