Friday, August 10, 2012

4 PR Anjur Perhimpunan Ganas Malam Merdeka


Selama lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan "Janji Ditepati" yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik.

Serentak dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza.

Malangnya, dalam pada pihak pembangkang bersungguh melancarkan kempen boikot terhadap tema Janji Ditepati atas alasan kemerdekaan negara dicemari unsur politik, kini tidak semena-mena timbul pula gabungan 20 NGO pro pembangkang yang mahu membuat himpunan 'Janji BERSIH' di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012.

Kesemua muka-muka individu yang mengaku mewakili 20 NGO itu merupakan muka sama yang mendukung perjuangan PR malah terlibat secara langsung menganjurkan himpunan Bersih 3.0 yang berakhir dengan huru-hara dan keganasan pesertanya tempohari.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang mengetuai kesemua NGO tersebut juga secara sinis menyindir tema "Janji Ditepati" sebagai janji-janji kosong oleh kerajaan, di masa yang sama turut menyeru rakyat Malaysia memakai pakaian kuning sempena sambutan kemerdekaan kali ini.

Tanpa segan atau malu, mereka masih juga mengusung 8 tuntutan berkaitan pilihanraya yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sekalipun tahu ia tidak kena pada masa dan tempatnya.

Bak kata pepatah, kata dulang paku serpih, sibuk mengata pada kerajaan rupanya PR yang lebih.

Dalam pada itu, perhimpunan 'Janji BERSIH' yang mereka rancang itu berkemungkinan besar langsung tidak akan menepati tema yang mereka suarakan.

Rekod sebelum ini menunjukkan sebaik selesai sahaja perhimpunan anjuran puak-puak ini, sampah sarap dan kotoran yang beratnya bertan-tan pasti kelihatan di merata-rata tempat mereka berhimpun.

Situasi sama yang bersepah-sepah dengan sampah sarap, kondom dan kotoran lain pastinya akan berulang jika dilihat pada muka-muka sama yang terlibat langsung menganjurkan perhimpunan kali ini.

Selain itu, jika kita masih ingat semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, sekalipun pada awalnya pemimpin PR dan NGO proksi mereka menjanjikan perhimpunan yang aman damai serta tenteram, hakikatnya banyak kerosakan harta benda awam, kemusnahan kenderaan polis dan kecederaan berlaku disebabkan perilaku ganas peserta mereka.

Pendek kata janji manis mereka untuk bersurai secara aman selepas dibenarkan berhimpun tanpa halangan bukan sahaja gagal ditepati malah dicabuli pula dengan aksi ganas dan tidak bertamadun.

Patutlah begitu sekali meroyannya pemimpin PR dan NGO proksinya apabila "Janji Ditepati" diangkat sebagai tema Kemerdekaan yang Ke-55.

Berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini, tidak salah untuk kita andaikan kemungkinan perhimpunan malam merdeka anjuran NGO proksi PR ini juga akan berakhir dengan aksi ganas dan perlakuan luar tabie yang lain. Betul tak?

4 comments:

Anonymous said...

Salam Bro, apasal blog ni take de pelawat nak bagi komen? Hang jangan syok sendiri. Ingat, sempena bulan puasa ni bertaubatlah jangan but fitnah.

Anonymous said...

Org dh meluat dh baca blog dia!

Anonymous said...

Makin meluat dgn puak puak ni. Tak baik lagi demam kuning?

Anonymous said...

pelik aku baca blog nie....
mengata diri sendiri seemua..
x pa la, sedaq diri la tu...
hahah

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates