Thursday, November 1, 2012

4 PAS Tumbang Jika Nik Aziz Tiada

Bukan lagi rahsia pun, kekuatan utama PAS di Kelantan terletak pada pengaruh peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besarnya, yang sejak 22 tahun lalu berjaya dipotretkan oleh jentera propaganda PAS sebagai seorang tokoh ulama dan tok guru.

Malah kekuatan PAS di peringkat pusat juga banyak bergantung harap pada pengaruh Mursyidul Am PAS itu sehingga menenggelamkan ketokohan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Tanpa kehadiran Hadi, PAS masih boleh bertahan dalam arena politik tanahair namun tanpa kelibat Nik Aziz, nescaya PAS Kelantan dan PAS Pusat bakal terkontang konting tak ubah seperti anak ayam yang kehilangan ibunya.

Itu kepercayaan dan keyakinan yang sudah sebati dalam minda sebilangan besar penyokong dan pemimpin PAS di seluruh negara, kecuali di Kedah dan Terengganu.

Jenama tok guru yang dipotretkan pada batang tubuh Nik Aziz itu pun asalnya merupakan idea dan taktikal strategik PAS hasil dari pengamatan terhadap penghormatan besar yang diberikan masyarakat Kelantan kepada para tok guru pondok yang banyak berjasa memperkembangkan Islam.

Realitinya, bagi sebahagian besar masyarakat pondok masa kini kelibat Nik Aziz tidakpun dianggap sebagai seorang tok guru, lebih-lebih lagi sejak umum mengetahui Kerajaan PAS Kelantan lebih banyak membantu dan menyumbang wang ringgit untuk pembinaan berhala tokong yang tingginya jauh mengatasi menara masjid.

Tapi masjid tempat umat Islam beribadat baru hanya satu didirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz, itupun sebahagian besar sumbangan datangnya dari orang ramai.

Sebelum gelaran tok guru surat pekeliling di cop atas dahi Nik Aziz, beliau hanya digelar sebagai ustaz sahaja, malah hingga kini ramai pimpinan PAS Kelantan yang rapat dengannya, apabila berbicara dengan MB Kelantan itu mereka membahasakan diri Nik Aziz dengan panggilan ustaz sahaja.

Hanya bila berdepan dengan khalayak ramai atau di atas pentas ceramah sahaja, gelaran tok guru diguna pakai atas maksud untuk kepentingan politik mengabui mata khalayak.

Kini apabila timbul desakan demi desakan semakin kuat menuntut Nik Aziz mengundurkan diri sama ada sebagai MB Kelantan mahupun sebagai Mursyidul Am PAS, ramai pemimpin PAS melihat senario tersebut sebagai satu ancaman besar terhadap kelangsungan pengaruh PAS.

Lebih-lebih lagi apabila suara desakan tersebut turut membabitkan sesetengah pemimpin PAS sendiri termasuklah pandangan sinis dari ADUN Gaal yang menyarankan supaya Nik Aziz berundur untuk membolehkan generasi muda PAS mengambil alih tampuk kepimpinan parti.

PAS tahu jika suara-suara desakan sedemikian dibiarkan terus berkumandang, buruk kesannya pada prestasi PAS pada masa depan. Maka mahu tidak mahu, sebahagian pemimpin PAS yang lain terutama dari Kelantan terpaksa tampil mempertahankan Nik Aziz.

Sejak seminggu lalu kita dapat lihat berduyun-duyun pemimpin PAS Kelantan terutama sekali yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri tampil dengan pelbagai kenyataan menyokong Nik Aziz termasuklah yang memuja muji 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Pada mereka, Nik Aziz tetap masih diperlukan sekalipun tahap kesihatannya sekarang seringkali merencatkan perjalanan urus tadbir negeri dan parti, namun alasan 'ketajaman fikiran' dan 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB serta pemimpin utama PAS dijadikan sandaran untuk membuktikan kemampuan orang tua itu untuk terus menerajui Kelantan dan parti.

Entah celah kangkang mana yang hebatnya orang tua tak sedar diri itu hanya pemimpin PAS yang tahu. Mungkin masing-masing masih mengharapkan keramat air selipar Nik Aziz untuk keberkatan masa depan politik mereka, barangkali ada betulnya.

Apapun, senario ini menjelaskan lagi betapa masih ramai pemimpin PAS dan penyokong mereka tetap utuh berpegang pada doktrin lama bahawa tanpa Nik Aziz bermakna masa depan PAS akan kabur. Dengan kata lain mereka takut sekiranya tanpa Nik Aziz, PAS akan tewas teruk dalam PRU akan datang.

Hakikatnya, bagi kita di pihak UMNO pula, adalah lebih baik Nik Aziz terus kekal ego dengan sikap gila kuasanya, dengan demikian masyarakat umum lebih faham bertapa bernafsunya seorang politikus berlabel tok guru jadi-jadian itu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

Anonymous said...

Bagus bagus bagus...teruskanlah kerja2 anda memfitnah ulama. Orang setuju atau marah tak penting. Yang paling penting ialah kata2 anda ni disudut penerimaan Allah Taala. kalau betul apa yg anda katakan oklah anda akan dapat pahala. Tapii...katalah disisi Allah pandangan ini merupakan fitnah, pergh..silap2 dekat dunia dah Allah bagi balasan. Kalau Allah bagi balasan di dunia mungkin tidak mengapa lagi sbb insyaAllah terlepas akhirat. Tapi klu Allah tangguhkan hingga Qiamat dosa tu, anda bayangkan sendiri bagaimana balasan atas laknat Allah. Dunia ini tidak sampai sekelip mata pun berbanding akhirat. Katalah kehidupan akhirat itu 6 juta tahun sahaja lamanya, nilai hidup dunia hanyalah 0.0001% sahaja lamanya. Itu tak congak satu hari di akhirat 1000 hari didunia lagi. Masalahnya bukan 6 juta tahun! infiniti! Jadi klu anda rasa2 pertaruhan antara samada perkara ini fitnah atau bukan fitnah ni berbaloi, jadi silakanlah...bukan umno atau pas pun yg menentukan masa depan Islam ni..Allah yang menentukan sbb hanya Dia yang lebih tahu..kita cuma mampu usaha dan doa je..

Anonymous said...

Ulama ker tuh kalau doakan orang PECAH PERUT. ULAMA ker tuh kalau kata Nabi Muhammad saw sejak kecil sama dengan mat mat di kampung. Ape mat mat di kampung buat, curi motor, serang hendap orang guna mercun, skodeng anak dara mandi. Ulama ker tuh buat pecah umat Islam bangsa Melayu. Dulu aku kata dia ulama, sekarang aku cabut gelaran dia tuh. Yang taksub jangan jadi bebal. One more thing ULAMA ker tuh pegang jawatan MB tak buat kerja, suruh orang lain buatkan. Kalau masalah kata, AMBO TAK TAU TANYER HUSAM MUSA. Kalau aku Sultan Kelantan aku lucut jawatan dier. Aku buat cam Raja Perlis, Sultan Terengganu buat, lantikan ikut perkenan sultan bukan ikut suka hati PM atau Presiden parti

Anonymous said...

- Bagus bagus bagus...teruskan lagi. Susah nk xplain klu orang suka dgr ceramah TG sekerat sekerat nih. Lepas tu tak tau apa yg TG discuss tu byk perkara yg berbentuk Iktilaf atau perkara2 Furu'iah. Contoh mcm TG kata Maulid Nabi ni tak semestinya dibuat sbb dibimbangi meniru cara2 orang nasrani dan yahudi.

-Perkara ni dah menjadi Khilaf ulama2 besar dunia, ada yg kata boleh dan yg kata tidak boleh. Tp orang2 umno (tapi bukan semua) yg tiada ilmu ni cakap TG hina ulamak. Rasulullah pernah bersabda "barangsiapa yg yg berijtihad lalu injtihadnya itu benar maka dia akan mendapat 2 pahala dan barangsiapa yg berijtihad lalu injtihadnya itu salah baginya 1 pahala. Perkara yg tidak dibenarkan beriktilaf ialah yg berkaitan Aqidah sbb ianya satu shj yang haq iaitu aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pemimpin Islam tolak dan persenda Hudud ya, yang tu memang jelas tidak Ikthilaf Ulama sbb Hudud itu sebahagian isi kandungan Al Quran. Pemimpin Islam Malaysia shj dalam sejarah dunia yg berani secara jelas, terang dan nyata persenda Hudud.

- Itulah, klu nak membahaskan kata2 ulama, kena ada ilmu yg setaraf dengannya jugak. Orang2 spt TG yang tahu hukum ni akan lebih takut untuk berikan fakta sbb dia sendiri tahu kalau kenyataannya bertentangan dgn soal Aqidah, sudah tentu Ulama seluruh dunia akan mengkritik sbb dia Ulamak.

- Tp tak mengapalah kalau kamu semua berani juga dgn nak hina Ulama, teruskanlah....memang telah disebut di akhir zaman nanti akan ramai orang2 Islam yg munafik akan mengutuk dn menghina Ulama yg jelas mereka itu penyambung kerja2 nabi dan kekasih Allah. Yang nyata aku tak nak termasuk dlm golongan itu. Kenapa? cuba ambik lighter cucur kat tangan, tengok berapa

Anonymous said...

...Kenapa? cuba ambik lighter cucur kat tangan, tengok berapa SAAT boleh tahan. Boleh fahamkan kenapa...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates