Thursday, November 1, 2012

Peguam Bersekongkol Dengan Suaram Untuk Menipu

Rakan kongsi firma guaman, Zain & Co, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebagai pertubuhan sah.

Ahli Parlimen Bebas, Wee Choo Keong berkata surat itu bagi meyakinkan peguam di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham supaya kedua-duanya bersetuju mewakili pertubuhan itu membawa kes pembelian kapal selam, Scorpene ke mahkamah negara berkenaan.

"Suaram terima berpuluh-puluh juta dan firma guaman ini seperti grand design untuk tutup kegiatan ini dan bagi memburukkan negara serta berniat jahat.

"Zain & Co yang berpejabat di Jalan Tun Perak juga memperoleh kontrak besar daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Kenapa Grand design kerana surat ini ditandatangani rakan kongsi syarikat guaman itu, Amir Hamzah. SUARAM bukan badan berdaftar, tidak sah tapi dalam surat rasmi kepada peguam di Perancis menyatakan SUARAM adalah badan sah melalui Suara Inisatif tetapi tidak kata sendirian berhad.

Pendedahan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembagunan 2013 Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, semalam.

Choo Keong turut mendakwa Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) menerima antara RM50 juta hingga RM70 juta yang kemudiannya disalurkan kepada SUARAM dan portal berita Malaysiakini.

"Rakan kongsi firma itu, Amir Hamzah terlibat dalam kegiatan Majlis Peguam dan keadaan ini kritikal kerana ia berlaku dalam negara ini dan membabitkan firma guaman yang besar," katanya.

Beliau meminta Majlis Peguam mengambil tindakan terhadap peguam itu kerana tidak profesional.

Choo Keong juga mempersoalkan kenapa Peguam Negara belum memutuskan sama ada siasatan terhadap SISB mempunyai bukti kukuh dan boleh dihadapkan ke mahkamah atau tidak kerana kertas siasatan sudah lebih sebulan dihantar.

Sementara itu, Menteri Perdaganagan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kes itu akan diputuskan selepas Peguam Negara memperoleh kertas siasatan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS)

"Peguam Negara kata nak tunggu siasatan ROS baru tindakan bersama diambil (terhadap SISB), alasannya kerana ada hubung kait antara SISB dan SUARAM. Siasatan terhadap SUARAM dilakukan ROS dan ia bukan bawah kementerian ini," katanya.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati perniagaan SISB babitkan kegiatan seperti latihan, program pendidikan, perunding dan perdagangan (trading).

"Bagaimanapun dagangan membabitkan penjualan kemeja t hanya 0.06 peratus daripada kesuluruhan pendapatan syarikat itu dan ia sesuatu yang menghairankan, manakala semua punca pendapatannya daripada dana asing," katanya.

No comments: