Thursday, March 7, 2013

Insiden Lahad Datu Pamer Belang Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghidu peluang untuk menjadi tumpuan media apabila bingkas membidas kerajaan kerana kononnya lambat bertindak terhadap pencerobohan di Sabah.

Beliau menyelar kerajaan kerana kononnya membiarkan isu itu berlarutan begitu lama sebelum tindakan ketenteraan diambil.


Responnya untuk menyemarakkan api kebencian yang ditanam pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) memang sudah dijangka. Beliau Ketua Pembangkang dan cukup benci kepada BN.

Dalam sekelip mata, Anwar membelakangkan segala realiti tanggungjawab yang terpaksa digalas oleh kerajaan dan pasukan keselamatan sejak hari pertama segerombolan bersenjata menceroboh masuk perkampungan pantai di Lahad Datu.

Sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar seharusnya arif tentang susur galur dan adab sopan menyelesaikan konflik bersenjata menerusi usaha diplomatik sebelum tindakan ketenteraan diambil.


Rundingan dengan penceroboh berketurunan Sulu diusahakan oleh kerajaan Malaysia dan Filipina menerusi saluran-saluran diplomatik.

Tujuan utamanya sudah tentu adalah untuk memastikan tidak ada pertumpahan darah berlaku.

Putrajaya mengambil pendirian awal untuk tidak terlalu bingkas menggelar penceroboh berkenaan sebagai pengganas, tetapi sebagai satu kumpulan bersenjata yang menyimpan rasa tidak puas hati kerana didakwa dipinggirkan oleh Manila.

Malah PAS sendiri mengaku mereka ini bukan pengganas al-Qaeda atau Jemaah Islamiyah.

Naib Presidennya Husam Musa dipetik dalam Harakah sebagai berkata kumpulan ini keturunan Sulu ada susur galurnya daripada keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam, kata beliau.

Jadi kenapa Anwar menganjurkan supaya kerajaan Malaysia cepat-cepat mengambil tindakan ketenteraan terhadap “golongan beriman” ini?

Sayang, Husam tidak mengupas persoalan itu dalam ceramahnya di Ketereh tiga hari lalu.

Anwar gelojoh mahu salahkan kerajaan, ATM

Realitinya ialah, Putrajaya mengambil kira segala pertimbangan, risiko di dalam dan di luar acuan diplomatik. Rundingan dijalankan tanpa putus-putus supaya kumpulan berkenaan menyerah diri dan kembali ke Filipina.

Ketika rundingan sedang berjalan, respon Anwar adalah untuk menengking kerajaan kerana kononnya tidak mempertahankan kedaulatan negara.


Anwar melakukan provokasi, mencabar kerajaan mengambil tindakan ketenteraan tanpa menerokai segala ruang diplomasi.

Semalam Anwar membariskan seorang bekas jeneral Tentera Darat (kini pengikut PKR) untuk membayangkan seolah-olah tentera darat yang ada sekarang tidak bermaya.

Tan Sri Mat Hashim Hussein dengan angkuh menyimpulkan bahawa pencerobohan di Lahad Datu tidak patut dipanjangkan kerana insiden di Kampung Sauk, Perak beberapa tahun lalu dapat diatasi dalam empat hari.

Semua kenyataan Anwar dan sipolan-sipolannya seperti Hashim bertujuan memburukkan Barisan Nasional dan mencabar integriti ATM sendiri.

Kerana apa...kerana pilihan raya umum makin dekat dan kenyataan-kenyataan sedemikian boleh mendapatkan undi untuk PKR. Itu perkiraan Anwar.

Ini belum lagi diambil kira kenyataan Naib Presiden PKR Tian Chua yang berkata pencerobohan itu adalah “drama” yang didalangi oleh BN.

Tuduhan itu membawa maksud parajurit dan anggota polis sanggup menjadi sebahagian daripada drama yang akhirnya menyaksikan lapan anggota polis terbunuh.

Tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa usaha diplomatik untuk menyelesaikan pencerobohan di Lahad Datu gagal.

Pembangkang ghairah mahu raih sokongan

Namun kegagalan itu sendiri tidak bermaksud kerajaan melakukan kesilapan kerana bertekad dahulu untuk menyelesaikan konflik itu secara aman.

Tidak dinafikan pencerobohan itu membabitkan isu-isu kedaulatan negara.


Tetapi ia juga melibatkan keamanan jangka panjang di rantau ini yang secara langsung membabitkan nasib pelbagai suku kaum dan puak bertelagah di selatan Filipina yang dahagakan keamanan.

Jika dalil Anwar adalah bahawa dalam isu kedaulatan, tindakan tentera mesti diambil secepat mungkin, maka haruskah Putrajaya memberi arahan untuk menembak jatuh pesawat-pesawat pejuang Singapura yang saban kali bolos ke ruang udara Johor?

Tentunya Anwar akan kata tidak. Jadi kenapa beliau dan pimpinan PKR begitu ghairah mengecam Putrajaya kerana kononnya lambat mengambil tindakan ketenteraan terhadap kumpulan bersenjata dari Sulu ini?

Bukankah beliau juga pada satu masa dulu mendokong prinsip mengutamakan penyelesaian damai dalam mana-mana konflik dan sebarang tindakan kekerasan menjadi opsyen terakhir?


Anwar sering dituduh sebagai mengkarung (chamelon) yang berubah-ubah warna untuk disesuaikan dengan keadaan.

Penulis mengandaikan jika tindakan ketenteraan telah diambil lebih awal di Lahad Datu, Anwar yang pertama akan tampil dan menuduh kerajaan bertindak tergesa-gesa.

Ini belang seorang Ketua Pembangkang yang menilai sesuatu mengikut untung rugi politik kepada agenda peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Baginya, tidak mengapa jika beliau dan pengikut-pengikutnya termasuk bekas-bekas tentera dan Tian Chua meremehkan pasukan polis dan tentera, asalkan tindakan itu menguntungkan PKR pada PRU 13.

10 comments:

Anonymous said...

Mahadhir & Najib yg buat taik, DSAI pulak yang kau orang tuduh.
Ape bende gteruknya kau orang ni...


Dah "kencing" kaum sulu, anggota keselamatan yang kau orang "balacikan".
Ape bende teruknya kau orang ni....


Dah la "merompak" tanah kepunyaan sulu, lepas tu mengaku pulak tanah harta mereka.
Ape bende teruknya kau orang ni....

Anonymous said...

Dah kena sumbat taik aljub dah mamat sekor niii,,,

Anonymous said...

mamat atas 9:10PM ni kaki jubor sebab tu tak pikir betul ke tidak askar ke polis tu buat keje. Mangkuk mangkuk meroyan taksub cam ko la ni elok dihantar masuk jadi askar.. lain kali belajar sejarah jangan jadi pentaksub kakijubor dgn tok guru niki najis ko tu eh.. bodoh bahlol ..tu la bapak ko kongkek mak ko stail nuar ikut jubor baru ikut pantat..sebab tu kluar bladigol cam ko ni hahahaha.. cai cai Pakatun muah muah hahaha

Anonymous said...

Apa benda teruknya bodoh si anon 9.10
ni....asyik kena kencing jeee.

Anonymous said...

Mengambil harta dgn cara yang salah (menipu)- maka api neraka lah jawapannya

Mati kerana mempetahankan harta yg bukan miliknya, maka, matinya adalah sia-sia sahaja.

Anonymous said...

melanggar perjanjian- apa pula hukumannya.

Anonymous said...

Satu surat "CONFIDENTIAL" telah dikeluarkan oleh Penjajah British pada 0ktober, 1962 kepada Kuala Lumpur (Kerajaan Tanah Melayu) dan dgn berahsia Tanah Melayu telah "MENIPU" Perjanjian "PAJAKAN" tersebut untuk memiliki Sabah.

SO WHAT.......?????
SIAPAKAH PENIPU DALAM KES PEMILIKAN SABAH INI???

Anonymous said...

Mana tau ni.dari sokabor ubat kuat ke
dari sokabor keldai...atau dari pak cik
gugel.

Anonymous said...

mamat 10.07pm ni betul-betul buta sejarah. nampak sangat bebal.

Anonymous said...

Yang buta sejarah hanya orang2 yang bersifat MUNAFIK DAN FASIK yg MENCURI DAN MEROMPAK HAK ORANG LAIN