Sunday, March 3, 2013

6 Lahad Datu: Tian Chua Menyerang Sebelum Diserang!


Sudah kerap jika ada kes babitkan kematian yang cetuskan kontroversi,pembangkang tak tunggu lama untuk jadikannya modal politik mereka.Lihat sajalah mereka mengeksploitasi kematian pembantu Exco Selangor,Teoh Beng Hock, pegawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamad dengan menyalahkan SPRM dan beberapa kes lain babitkan polis.

Senang cakap, hal mati pun pembangkang akan politikkan asal dapat mereka tuduh kerajaan bersalah dan tidak bertanggungjawab.

Terbaru dalam kes pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah hingga cetuskan kematian pihak keselamatan negara pada Jumaat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu tunggu lama untuk kecam kerajaan.

Walaupun ucap takziah pada keluarga dua anggota komando yang terkorban, Anwar menyalahkan kerajaan kerana gagal memastikan kawalan keselamatan di perairan negara.

Naib Presiden PKR, Tian Chua pula membuat fitnah dan tuduhan liar kononnya UMNO jadi dalang konspirasi terancang bagi ambil alih perhatian dan menakutkan rakyat.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob pula ketika rakyat turut bersedih dengan insiden itu yang belum dapat diselesaikan lagi, sibuk mahu Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak panggil sidang khas Parlimen.

Untuk apa Anwar, Tian Chua dan Salahuddin buat semua itu ketika kerajaan dan pihak keselamatan sedang berusaha memastikan insiden itu berakhir tanpa pertumpahan darah demi menjaga nama baik negara?

Sebab itu ramai yang mengecam tindakan pemimpin pembangkang itu terutama dakwaan Tian Chua.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menyifatkan kenyataan ahli parlimen Batu itu hanyalah untuk mengaut keuntungan politik dengan mengeksploitasi insiden di Lahad Datu.

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak sensitif kepada isu keselamatan negara.

"Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan, katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai "jahat dan jahil" .

"Umno bukan macam pembangkang dalam beberapa peristiwa yang lepas telah mengkhianati negara ini," katanya.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang menggelar Tian Chua sebagai "pembawa cerita bohong bersiri" yang sentiasa mencari kesalahan UMNO dan kerajaan walaupun dalam situasi genting.

"Dia adalah ekstremis dan saya tidak terkejut dengan kenyataannya itu.Memang tugas dia memburukkan Umno tanpa bukti, tapi secara spontan...Ini membabitkan isu keselamatan, dan bukan (masa untuk) political mileage," tegasnya meminta Tian Chua mengemukakan bukti dakwaannya itu.

Bagaimanapun, ada juga tertanya-tanya kenapa Tian Chua cuba mengheret UMNO dalam isu pencerobohan di Lahad Datu.

Apakah kerana sebelum ini nama Anwar dikaitkan dengan kumpulan yang melakukan pencerobohan itu?

Atau ianya juga mungkin kerana permintaan penceroboh terbabit untuk bertemu personaliti tertentu ketika mereka berunding dengan pihak keselamatan sebelum ini.

Dan antara paling ramai pemimpin pembangkang terutama dalam PKR, kenapa Tian Chua ke depan membuat tuduhan itu?

Mungkin ramai tahu selain bijak mengeksploitasi sesuatu isu, pembangkang khususnya dalam isu yang berkait dengan Anwar, mereka akan mempertahankannya terlebih dahulu sebelum isu itu jadi bahan umum.

Sebagai contoh lihat bagaimana Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertahankan Anwar dalam isu kad pengenalan kepada rakyat asing di Sabah dengan mengatakan Anwar akan dikaitkan dalam projek IC ketika siasatan RCI.

Justeru itu, melihat tindakan Tian Chua cuba mengaitkan UMNO dalam insiden di Lahad Datu, tentu ada boleh menduga tujuannya.

Jelaslah Tian Chua ‘menyerang’ sebelum ‘diserang.

Tindakan sama dilakukan Azmin dalam mempertahankan Anwar berhubung projek IC di Sabah.

Dengan memfitnah UMNO, Tian Chua mungkin berharap dakwaan beberapa media Filipina bahawa Anwar dipercayai terbabit disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dapat dikaburi.

Walaupun, Anwar sudah menafikan apa dilaporkan media negara jiran itu tetapi Ketua Pembangkang itu turut menuding jari kearah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai lambat bertindak ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata itu sejak dua minggu lalu.

Itu hak Anwar untyuk menafikannya tetapi portal berita Filipina 'Inquirer News' sebelum ini mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu
membuat pertemuan bersama pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan itu di Sabah.

Menurut portal itu lagi yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram II mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut sebahagian dari Sabah.

"Ahli politik ini merupakan salah seorang yang mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram. Beliau menawarkan sokongan pembangkang Malaysia ke atas tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah," kata sumber perisikan itu sebagaimana dipetik daripada Inquirer News.

Selain Inquirer News, pada 14 Februari lalu, agensi antarabangsa, The Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata itu berlaku ke atas
jemputan pembangkang di negara ini.

Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan daripada pemimpin pembangkang negara ini.

Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Apakah Anwar boleh menafikan semua dakwaan dalam laporan ini dan menuduh semuanya akhbar UMNO?

-Agendadaily

6 comments:

Anonymous said...

Asyik komen saja buat apa, menteri pondan tu bila nak bertindak ?

Anonymous said...

Bila pulak Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan nak berjuang duduk di barisan hadapan bersama-sama perajurit-perajurit menentang "PENCEROBOH". Asyik main arahan kat belakang saja. Akupun boleh!!!!

INI TIDAK ADIL......

Anonymous said...

Menteri BAPUK tu takut mati beb!
"Biar orang lain mati asal aku tak mati". he.. 3X

Anonymous said...

mengapa tiada satu suara daripada anuwar hari ini??selalu kita dengar anuwar saman pihak media massa tp kali ini tidak??kenapa anuwar tidak saman pihak media massa filipina??goyangkah beliau??sekarang kepala beliau pun sudah tenggelam serupa kura-kura..aku nak tengok reaksi anuwar sampai bila mahu berdiam diri..

Anonymous said...

Yg dok cakap ni berani ke? Ko pun lancau... cakap jer pandai tuiihhh

Anonymous said...

Untuk pengetahuan, DSAI sekarang ni DSAi sedang meneliti bersama peguamnya untuk mengambil tindakan SAMAN keatas media2 yang memfitnah beliau.

TUNGGUUUUUUUUU......

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates