Friday, March 29, 2013

#LahadDatu - Musuh Kini Kurang Daripada 10 Orang


LAHAD DATU: Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Februari lepas iaitu kira-kira 200 orang.

"Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya...kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Jumaat.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas.

Hamza berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.

Beliau berkata penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka bersama-sama pasukan penilaian esok.

Bagi penduduk Kampung Tanjung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara.

Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan itu.

"Selain itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu," katanya. - BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

TIDAK MALUKAH MALAYSIA MENGAKU SABAH TANAH MEREKA???

INI BUKAN SAHAJA MELANGGAR PERJANJIAN PAJAKAN TETAPI TELAH MEROMPAK SABAH DARI TUAN PUNYA TANAH - KESULTANAN SULU.

WEIII....MALU LA WEIIII..

pilipin anjing said...

lubang dubur bapak kau pendatang haram! tak sekolah tapi berlagak pandai

Anonymous said...

3 thn lepas aku ada membeli sebuah bangunan rumah kedai di Negeri Sembilan dpd seorang penduduk di sana. Penduduk tersebut menjualnya pada aku sebab beliau ingin berhijrah ke Sabah. Bangunan tersebut telah didirikan lebih 8 thn yang lepas dan telah didirikan di atas tanah satu keluarga di situ. Pemilik asal bangunan kedai itu memberitahu bahawa beliau memajak tanah pusaka yg terbiar itu dari waris keluarga yg ada. Setelah lebih 2 tahun berniaga di situ waris tanah itu mahu mengerjakan/mengusahakan tanahnya itu. Selepas berbincang dgn peguam aku tidak ada cara lain melainkan terpaksa menjual atau bangunan itu dirobohkan sahaja kerana aku cuma memajak tanah itu.

Aku harap penduduk Malaysia faham akan maksud aku ini. Malaysia tidak sepatutnya mengaku Sabah itu sebahagian dpd Malaysia kerana Malaysia cuma memajak tanah waris Kesultanan Sulu. Malaysia mesti dan wajib memulangkannya pada mereka iaitu waris2 Kesultanan Sulu. Walaupun pajakan itu bertukar tangan, ie dpd Syarikat Borneo ke Penguasa British di Tanah Melayu, pajakan tetap pajakan. Hak tanah tidak bertukar tangan iaitu ia tetap harta Kesultanan Sulu atau warisnya yang ada.

Anonymous said...

ORANG YG BERDUSTA DGN MENGATAKAN HARTA PAJAKAN ITU ADALAH HARTA MEREKA ADALAH TERGOLONG ORANG YANG FASIK. MANAKALA ORANG-ORANG YANG MUNAFIK IALAH MEREKA YANG APABILA BERJANJI MEREKA MENUNGKIRI JANJI. ORANG2 YG MASUK KE DALAM GOLONGAN INI ADALAH ORANG2 YANG RUGI DI SISI ALLAH DAN AKAN DIMASUKKAN KEDALAM API NERAKA YANG PEDIH AZABNYA. MANAKALA MEREKA YG BERJUANG MEMPERTAHANKAN GOLONGAN YG MUNGKAR INI MATI MEREKA ADALAH SIA-SIA DAN AKAN MENDAPAT LAKNAT ALLAH.