Wednesday, March 6, 2013

Laporan Polis, Bantah Tian Chua Di Seluruh Negara


Puluhan laporan polis dibuat badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Di PERLIS, polis daerah Kangar menerima 19 laporan polis terhadap Tian Chua oleh badan politik dan NGO Perlis, semalam.

Kira-kira 50 orang ahli Pergerakan Pemuda UMNO dan Pemuda BN Tangga Batu membakar patung dan gambar Tian Chua sebagai mengutuk kenyataan biadap Naib Presiden PKR itu berhubung isu pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, selepas membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga, Klebang, Melaka petang semalam.

Kira-kira 150 anggota badan politik dan NGO berkenaan juga mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan ibu pejabat polis itu dengan membawa pelbagai sepanduk yang mengecam Tian Chua.

Di PULAU PINANG, tujuh NGO iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Persatuan Warisan Dada, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Gerak Sepakat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Tiga NGO lain iaitu Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Barat Daya, Persatuan Ibu Tunggal Balik Pulau serta Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno Bahagian Balik Pulau pula menggesa kerajaan menjalankan siasatan terhadap pemimpin PKR itu.

Di KELANTAN, lebih 100 orang kontraktor daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Tumpat, mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan Kompleks Perpaduan Tumpat bagi mengecam kenyataan itu.

Di MELAKA, kira-kira 150 penduduk daerah Alor Gajah termasuk anggota beberapa NGO berhimpun di Dataran Keris di sini bagi mendesak Tian Chua meminta maaf atas kenyataannya.

Mereka berhimpun secara aman selama kira-kira 30 minit dengan membawa kain rentang dan sepanduk bertulis antaranya "Jangan Hina Wira Negara" dan "Tian Chua Biadap, Nyah Kamu dari Malaysia".

Tian Chua sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat, susulan kejadian serangan ke atas pasukan keselamatan negara yang mengorbankan dua anggota polis pada 1 Mac. - Bernama

3 comments:

Anonymous said...

tak perlu nak salahkan tian chua .Ini permainan politik dia .Yang perlu dipersalahkan ialah rakyat yang menyokong dia. contoh perlukah kita nak salahkan iblis syaitan atas kesesatan akidah kita, kerana janji iblis sysitan memang untuk menyesatkan kita, serupa le macam tian chua ni kerja dia menghancurkan melayu dan negara. lu fikir la sendiri....

Anonymous said...

Bila masa dia hancurkan melayu? Bila masa di hancurkan islam?

Yang aku nampak makhluk yang hancurkan imunity melayu ialah syaitan2 umno. Yang aku nampak yang hancurkan kecantikan islam ialah syaitan umno juga.

Mana ada dia yang buat cuma syaitan2 umno yg berkubang dalam parti syaitan saja yang buat.


Anonymous said...

Macam budak-budak la kau orang.....
Sikit-sikit ngadu...sikit-sikit ngadu. Macam budak beringus aja: "makkkk... nak nenen......makkkk, nak susu...makkkkk, nak oooohohhhhhh...makkkk..., abang buat adik!!!

Aparaaaa..... kepala besaq ja..tapi...akai kemetot