Thursday, March 28, 2013

Selangor Disaman Suri Rumah Lagi #TolakPR


Seramai 1,010 suri rumah di Selangor hari ini memfailkan saman RM5.858 juta terhadap Kerajaan Selangor bagi menuntut elaun khas dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Saman difailkan menerusi peguam Kamarudin Ahmad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini jam 10 pagi tadi.

Norlela Abu Bakar, 41, selaku plaintif menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defendan pertama dan kedua dalam tuntutan mereka.

Kesemua plaintif merupakan penduduk kawasan Selayang, Gombak, Ampang, Shah Alam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Sungai Besar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya.

Sebelum ini, Selangor turut berdepan dengan pelbagai saman daripada rakyatnya akibat tidak menunaikan janji manifesto PRU12 yang lalu.

Sekurang-kurangnya 2,020 ibu tunggal bertindak menyaman kerajaan negeri kerana gagal memberikan elaun bulanan kepada mereka yang tertunggak, iaitu RM10.9 juta.

Selain itu kerajaan negeri disaman 1001 orang warga emas yang gagal mendapat polisi insurans Takaful bernilai RM2,500, seperti yang dijanjikan.

Selangor juga menerima saman daripada sebahagian suri rumah di negeri itu.

Tidak ketinggalan ibu bapa kepada pelajar tadika di Selangor juga bertindak menyaman kerajaan negeri kerana gagal memberikan elaun RM50 sebulan.

Khalid sebelum ini memberitahu, manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan malah tidak semua rakyat Selangor berhak untuk menikmati apa yang telah dijanjikan Pakatan Rakyat Selangor pada PRU lepas.

-AntaraPos

No comments: