Sunday, March 3, 2013

Seorang Penceroboh Dipukul Sehingga Mati Oleh Penduduk Semporna


Salah masuk kampung... itulah yang terjadi dengan seorang lelaki dipercayai  penceroboh Sulu selepas dia dibelasah beramai-ramai oleh penduduk sebuah kampung di Semporna pagi ini.

Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Bernama melaporkan dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

Agendadaily

14 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah memberkati perjuangan pejuang2 yang ingin mengembalikan tanah air mereka daripada LANUN2 yang bertopengkan Islam. AMMIN

matdeboq said...

Jika pihak yg berkuasa TAKUT SeSangat nak ambil tindakan...!!Nah Rakyat M'sia sendiri .Tanpa ada senjata Canggih ..harga berjuta..berbillion..tapi takut sesangat ngan...pelbagai persepsi itu ini.
Apa susah nya senjata canngih ..bom ada...atau bakar saja kawasan diduduki penceroboh itu.

Udah 2+2+3= 7 orang polis sudah maut..Nak Tunggu Apa Lagi..??

Anonymous said...

RASANYA KITA TAK SEPATUTNYA BERTINDAK MEMBABI BUTA. KAJI SEJARAH DULU KENAPA MEREKA BERBUAT DEMIKIAN. MESTI ADA SEBABNYA. MUNGKINNNNNNN......ITU SEMEMANGNYA TANAH AIR MEREKA YANG SAH?

Anonymous said...

kalau iapun jgnlah menggunakan kekerasan bawa berunding dulu kta sesama islam dan dr rumpun yg sama wlupun berlainan bahasa dan bangsa klu dah takle jga baru cr jln lain sepatutnya pencerobohtu balik dulu ke ph

Anonymous said...

perkara ini berlaku mungkin gara2 RCI sepatutnya yg sudah tu sudahlh yg harus dpersalahkn adalah yg memegang amanah kerajaan kerana mereka telah menyalah gunakan arahan kerajaan utk kepentingan mereka kerajaan memeng memberikan kerakyatan kepada pelarian2 islam dari keturunan sulu itu kerana kerajaan mengikut undang2 antara bangsa bg pelarian tp telah dsalah guna

Anonymous said...

sekarang gara2 pembangkang mendesak kerajaan inilah jadinya dan kerajaan sepatutnya ada pendirian dgn tidak terlalu berlembut@ mengikut kehendak pembangkang yg kurang berpengelaman dlm pemerintahan

Anonymous said...

apa yg pasti harus d ingat Sulu dan malaysia adalah 2 kelompok beragama ISLAM tentu YAHUDI dan konco2nya ketawa dgn pergolakan sesama islam

Anonymous said...

harap2 pihak Malaysia mempertimbangkan permintaan wakil Sulu dan bawah berunding sekali lagi

Anonymous said...

jangan tambahkan lg nyawa org islam sesama islam malu kta dgn yahudi

Anonymous said...

mereka orang moro sulu mustahil untuk dhapuskan dr muka bumi samada d sabah @ filipina ini sudah terbukti dgn sejarah pergolakan mereka d filipina kta malaysia tak tau mana tau dalang itu jga dtg dr kerajaan pusat Filipina yg bersekongkol dgn yahudi krn

Anonymous said...

mereka memberontak terhadap kta Malaysia mungkin ada sebab lain

Anonymous said...

Bila aku baca portal berita philipin pemimpin pejuang Moro ie Prof. Nur Misuari menyebut askar-askar diraja ke Sabah ialah kerana JANJI Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan tanah kepada rakyat Sulu. Tapi bila sampai di sana mereka di kepung.

Sebab tu aku hairan macamana begitu banyak rakyat Sulu yang lengkap bersenjata boleh bolos ke sana sedangkan kita ada polis dan askar yang menjaga pantai.

Dalam masa yang sama Si Hishamuddin boleh keluarkan kenyataan mereka2 yang bersenjata itu bukan militan atau pengganas.

Tapi, tiba2, berita arus perdana melebelkan mereka penceroboh?

TV M'sia mengatakan askar2 Kesultanan Sulu yang mula dahulu melepaskan tembakan, manakala YV Philipin mengatakan askar komando M'sia yang mulakan dahulu sehingga mereka memabatalkan rundingan dgn kedutaan Malaysia.

Hairankan?

MESTI ADA AGENDA TERSEMBUNYI SEBELUM TERJADINYA PEMBERONTAKAN. MUNGKIN ADA SALAH SORANG YANG MEMUNGKIRI JANJI NI.?

Anonymous said...

Segala PERJANJIAN akan TAMAT/VOID sekiranya salah satu pihak mengKHIANATI nya.
Now..........Serah diri ataupun Mati.

Anonymous said...

Nak berunding buat pa bawak senjata..bodoh