Thursday, March 7, 2013

3 Siapa Bekal Senjata Canggih Kepada Penceroboh Lahad Datu?


Untuk menjawab soalan di atas, mungkin kita perlu melihat kepada kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino beberapa hari lepas bahawa wujud petanda dan bukti-bukti jelas pencerobohan di Lahad Datu adalah satu konspirasi.

(klik sini untuk membaca berita lengkap Mynewshub.my berhubung dakwaan itu)

Ini kerana jelas beliau, tidak mungkin Jamalul Kiram mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan operasi pada skala itu.

Aquino dilaporkan berkata, Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu

Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah. Justeru dari mana mereka mendapat wang yang banyak untuk menyewa bot-bot berkenaan?

Aquino dengan nyata menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiayai operasi seperti itu.

Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.

“Dana untuk makanan, wang yang ditinggalkan, kumpulan yang disepadukan, kritikan yang senada, semuanya berarah kepada satu konspirasi,” katanya dalam satu sidang media di Manila.

Aquino menegaskan beliau bukan bercakap tanpa bukti dalam tuduhannya bahawa wujud konspirasi dalam isu pencerobohan di Sabah.

Kini, jom kita lihat kepada satu lagi aspek dalam kes di Lahad Datu iaitu jumlah senjata canggih dan mahal yang dimiliki oleh pengikut Kiram, yakni seorang tua yang perasan dirinya sultan tetapi perlu mendapatkan bantuan kerajaan Filipina untuk rawatan dialisis.

Sumber memberitahu, antara senjata milik pengganas yang dikesan di Lahad Datu ialah;

M-16

M-14 – Rifle untuk penembak tepat

Light Machine Gun – LMG

General Purpose Machine Gun – GPMG

M203 – grenade launcher

AK47

Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal)

Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan)


Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.

Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).

Harga senjata adalah berdasarkan jenis dan aksesori tambahan pada senjata berkenaan.

Malah, jika mengikut gambar dan maklumat sebelum ini, kumpulan Kiram juga dipercayai memiliki FN FNC Para Carbine. Mereka juga dipercayai memiliki senjata-senjata yang dihasilkan sendiri.

Secara keseluruhan, dianggarkan seramai 180 pengganas memasuki Lahad Datu 4 minggu yang lalu dan jumlah senjata mereka tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Gambar utama di atas memperlihatkan kumpulan Kiram III yang diambil pada Oktober tahun lalu dan senjata yang dimiliki mereka.

Mynewshub

3 comments:

Anonymous said...

ISLAM DENGAN ISLAM BERPERANG...
YAHUDI, NASRANI DAN YANG MEMBENCI ISLAM...
BERSORAK BERTEPUK TANGAN MELONJAK GEMBIRA..... TERTAWA..

Anonymous said...

Kalau di zaman nabi dahulu tentera bergajah Abrahah tewas kerana bantuan Allah, maka, sudah tentu pada mereka yg betul2 berjuang pada jalan Allah, Allah akan membantu mereka tidak kira dgn apa carapun.

Sebab Allah ada kata: siapa yg bantu agama dia (termasuk yg berjuang pada jalan Allah), Allah akan bantu mereka.

Anonymous said...

Kalau fikir logik akal bwk askar hampir 200 org boleh tawan ke sabah mmg ade dalang di sebalik sume nie dan agenda yg tersembunyi dan mereka mahu hasil kekayaan bumi di sabah..siapakah si dalang itu..4sure rmai antara kita dh tahu.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates