Tuesday, March 5, 2013

7 Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur Pelbagai Sudut!




Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sejak pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Letupan kuat mula kedengaran di sana sini.

Ia disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ibu segala peperangan sudah bermula!

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

7 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah memberi perlindungan dan kemenangan kepada pejuang2 yg menuntut hak mereka. Amin....

Anonymous said...

pejuang??? ptui..

Anonymous said...

Allah akan bersama mu wahai pejuang. Sedungguhnya syurga menanti kalaian sekelian. Sayhid lah kalian untuk menentang kefasikan.

Anonymous said...

Anonymous 11:12am.. lu lah penghianat negara.. main jubo la lu..

Anonymous said...

Dia doakan untuk semua orang-orang islam la.

Anonymous said...

Anon 1:16
Main jubo tu mcmmana?
Main tembak2 ka?

KhairulAffandy @ Kyle Freddie said...

Malaysia dah bebaskan Sabah dari penjajah, sebagai balasan, Sabah menjadi milik Malaysia.

Dah diputuskan semasa Merdeka dahulu.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates