Monday, May 27, 2013

4 Anwar Tikam Belakang PAS dan DAP - Khairy


Satu demi satu sikap buruk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak hormati dan tunai apa yang beliau sendiri kata terdedah.Sebelum PRU 13, Anwar kata nak bersara dari politik kalau kalah tetapi tak juga berbuat demikian atas alasan pembangkang yang menang undi popular.

Padahal sudah empat atau lima kali ahli parlimen Permatang Pauh itu bertanding, peliknya hanya kali ini beliau boleh terfikir sesiapa yang dapat undi popular menang bukannya parti yang dapat kerusi lebih.

Justeru itu, tidak hairanlah ada pihak mengelar Anwar ‘sesumpah politik’ – sekejap begitu, sekejap begini.

Terbaru, apabila Naib Presiden Indonesia mendedahkan kepada akhbar The Wall Street Journal mengenai perjanjian sulit Anwar dan Datuk Seri Najib, Ketua Umum PKR itu ‘mainkan’ Jusuf Kalla kononnya bukan beliau yang mahu perjanjian itu diatur.

Bila perjanjian supaya mana-mana pihak terima keputusan PRU 13 ditandatangani, Anwar juga tidak patuh sebaliknya terus ajak penyokong-penyokong berhimpun untuk jatuhkan kerajaan BN yang menang 133 kerusi berbanding 89 oleh pembangkang.

Sebab itu Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak ada pendirian malah sanggup tikam belakang DAP serta PAS dengan membuat perjanjian sulit itu tanpa pengetahuan kedua-dua parti sekutunya itu.

Bagi Menteri Belia dan Sukan iu, inilah masanya rakyat negara ini melihat sikap sebenar Anwar yang tidak hormati apa beliau sendiri cakap malah tidak mengotakan janji-janjinya.

“Pendedahan Jusuf dalam Wall Street Journal mengejutkan. Saya harap rakyat Malaysia melihat pendedahan ini satu bukti Anwar orang yang tak ada pendirian. Janji dengan Najib untuk patuhi PRU tetapi tak
tunaikan,” katanya kepada Agendadaily.

Tambahnya, “Apa lagi Anwar boleh cakap? Dia tak boleh kata ini konspirasi UMNO, ini kenyataan Utusan Malaysia tetapi (pendedahan) oleh kawan rapatnya sendiri dan disiarkan media antarabangsa,”.

Khairy juga mahu PAS melihat tindakan Anwar ini sebagai wajah sebenar pemimpin yang mereka sanggup terima sebagai ketua dan Perdana Menteri.

“PAS harus sedar siapa Anwar. Sudah berkali-kali pendedahan sikap beliau. Kalau yang ini mereka tak sedar juga, saya pun tak faham,”katanya yang ditemui di perasmian Festival Belia 2013 di Putrajaya.

Menurut beliau, tindakan Anwar membuat perjanjian sulit dengan Najib juga membelakangkan PAS dan DAP.

“Ini seperti tikam belakang PAS dan DAP. Saya percaya perjanjian itu tanpa pengetahuan rakan-rakan penting beliau,” ujarnya.

4 comments:

Anonymous said...

Rundingan berlaku antara anwar & najib tp knp anwar je yg kena belasah..baloa betul..Suka hati hanpa la.!!!apa2 pun hidup anwar hidup pr..

Anonymous said...

Najib pula ta tikam belakang parti UMNO, MCA, MIC dan lain 2 party components BN ka bila buat perjanjian dgn Anwar?

Najib tepati ka isi perjanjian itu?

Anonymous said...

HEI REMBAU KAMU MINUM AJE ARAK TU TAK USAH LE CERTA BUKAN BUKAN PEGI MINUM ARAK LEPAS CURI DUIT NEGARA

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju tentang apa yg YB Khairy cakap. Walaupun saya benci UMNO-BN dan mahukan kekalahanya tetapi dalam isu ini jelas nampak Anwar seorang yang mebuat apa sahaja untuk berkuasa termasuk tikam belakang kawan. Harapan saya agar PKR diterajui oleh Dr.Wan, Nurul Izzah, Saifuddin, Rafizi dan seangkatanya. Orang-orang seperti Anuar,Azmin,Zuraida,Suhaimi and the Gang patut tinggalkan PKR masuk UMNO atau buat parti lain. Saya dan rakan-rakan dah menyampah. Hidup PAS, Hidup PKR bukan Anwar, Hidup DAP.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates