Thursday, May 30, 2013

2 Pembelian Tanah Di Bukit Kiara: Raja Nong Chik Buat Laporan Polis Terhadap Nurul Izzah


Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara.

Beliau berkata ia bagi membolehkan pihak polis menyiasat kenyataan yang dilemparkan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah.

"Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen (pilihan raya) dan saman terhadap beliau (Nurul Izzah)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai pada kira-kira 3 petang ini.

Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pada PRU13 5 Mei lepas dengan majoriti 1,847 undi.

-Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Bagus tu...jgn puok pakatan aje menyaman. Biar giliran BN pulak menyaman.

Anonymous said...

Banyak betul duit! - Jadi YB boleh jg beli tanah sampai lebih 4 hektar di Kuala Lumpur ni boleh cecah RM20 juta harganya- Ini salah satu kes yang mungkin lebih banyak lagi kes, tetapi tak dapat dikesan...
Ingat lagi kes Khir Toyo? bila dah 'jatuh' baru ambil tindakan, kalau tak jatuh sampai sekarangpun masih dok kenyang pulun harta/aset negara.
Faham2 le siapa/parti mana yang senang sekarang sejak negara merdeka

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates