Monday, September 16, 2013

Ketua Pemuda Umno... Akhramsyah Ukurlah Baju di Badan Sendiri!


Semalam Akhramsyah menyatakan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia yang disandang oleh Khairy Jamaluddin.

Beliau menyatakan hasratnya tersebut melalui laman sesawang blognya hehe... Blog Akram punya penuh dengan sesawang, lama tak update.

Berkelulusan kejuruteraan mekanikal, Akhramsyah, 39, berkata tujuan beliau bertanding adalah bagi "mengabdikan diri, berganding bersama kawan-kawan untuk mengembalikan kegemilangan Pemuda UMNO,".

Jangan aib terus sudah la....

Persoalanya layak ke akhram ni memikul tanggungjawab sebagai ketua pemuda? Sedangkan beliau dalam MYAC pun ada banyak masalah?

Malah, dikatakan rakan-rakannya dari dalam MYAC tidak bersetuju dengan tindakan Akram ni.

Baiklah, aku tak berniat jahat atau mahu memanjangkan cerita...

Tak salah bertanding, barulah demokrasikan.

Tapi... jangan la gelojoh sangat! Sepatutnya cubalah nasib sebagai Naib Ketua Pemuda dulu. (Itupun kalau lepas).

Sebelum bertanding Akhram, beri la khidmat pada Umno dulu dan beri sumbangan untuk parti di peringkat Nasional? Baru orang tabik brader!

40 comments:

Anonymous said...

Beri khidmat pada UMNO dulu ??

Ketua Pemuda sekarang pun tak berkhidmat ... kenapa nak suruh Akramsyah berkhidmat dulu

Apa khidmat KJ pada UMNO ....iiilekkk
Asyik dgn Melayu liberal dia ... retorik aje lebih

Anonymous said...

Hai x nmpk atau buat2 buta anon?
Jgn terlalu taksub ketika memberi komen...
Aku bukan nak menyebelah mana2 pihak...
Tp klu kata KJ x buat kerja.. Maknanya org tu mcm katak bawah tempurung!

Anonymous said...

slps pilihanraya kita tanam kj hidup2!!

ipohmarley

Anonymous said...

Hidup KJ! Kami sentiasa menyokong perjuangan KJ!

-ipoh barat

Anonymous said...

Anon 10:05

Jgn ckp org taksub kalau kau sendiri taksub pada KJ

Cuba kau senaraikan khidmat KJ pada UMNO
Teringin sgt nk tengok jasa KJ pada UMNO

Anonymous said...

jasa kj bg passport pada bang non.

Anonymous said...

Mana senarai apa jasa KJ kat UMNO?dah lama tunggu nak tenggok jasa jasa KJ ni.Publishlah boleh kita sama sama tenggok.

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=ixlbB9VAeNM

http://www.youtube.com/watch?v=hPOQYX9F7DE

tengoklah sendiri. itulah KJ

Anonymous said...

KJ is still the best, who the hell is this guy . balik la

Anonymous said...

biaqla dia bertanding. apa masalah kau? sekurang2nya ada jugak pemuda umno yang ada telor. takkan nak harap penjilat jubur saja dalam pemuda.

Anonymous said...

Setuju sngt pertandigan yg sihat....tapi jgn ada permusuhan selepas nye....musuh yg sebenar tak di lawan .....ini makin jadi permusuhan dalaman pulak skrg ini yg terjadi dlm umno.....

Anonymous said...

Haha kelakar lah! Siapa budak akhram ni? Tak pernah dengar pun nama dia..... Cammana perwakilan nk undi kalau tak kenal? Jadi makanan KJ la jawabnya....

Anonymous said...

SEkurang kurangnya ada juga seorang pemuda Umno yg ada teloq, yang lain semuanya munkin dah tukar jantina agaknya.
zainol_56

Anonymous said...

rasanya tak ada yg layak untuk mengantikan KJ buat masa ni, mahu pun akhram yg cuba untuk mencabarnya... all the best KJ!

Anonymous said...

Akramsyah Sanusi cabar KJ untuk Ketua Pemuda UMNO Msia - maaf ckp bro...walaupun bro anak tokoh besar UMNO Tan Sri Sanusi Junid ia belum cukup kuat utk duduk kerusi nombor 1 dalam Pemuda UMNO Msia - nak jadi Ketua kita perlu ada kekuatan di peringkat akar umbi. Nasihat sy kalau tiada cermin bro Akramsyah kencing dlm tempurung tilik muka lama-lama...

Aizad Syibrie said...

Ada yang sokong,ada yang tidak..Apa pun keterbukaan dalam UMNO untuk PAU kali ni biarlah betul demokrasinya..Biar ahli akar umbi yang menentukan..Tidak perlu untuk serang peribadi sebabkan serangan peribadilah pembangkang dapat political mileage apabila rakyat akhirnya jatuh kasihan kepada pembangkang yang kononnya difitnah..Jadi,chill & relax je..Biar hari dan masa serta perwakilan yang menentukan..

Anonymous said...

Sumbangan KJ..pui...mengaku melayu liberal...liberal yg akan mengkaji kontrak sosial...lantik penyokong tegar DAPig jd setiausaha..jasa pe kejadah..jasa yg akan memusnahkan melayu..sebagai KP.. Apa dia buat untuk daftar pengundi muda.kenapa daftar undi baru cina lebih dari melayu..sedangkan majoriti org malaysia adalah melayu

Labu8455 said...

Kita tahu penulis adalah salah seorang dikalangan blogger pro UMNO/BN pembodek KJ. Ramai yang tabik pada Akramsyah kerana dia benar benar "anak jantan" dan bukannya pembodek yang tak dak teloq. Kalah menang bukan soal nya kerana siular tedung yang sekarang mengetuai Pemuda UMNO perlu sedar bahawa ramai yang tah suka pada perasuah yang bakal menghancurkan bangsa Melayu.

Unknown said...

Bagi la peluang kat dia. Mana tau lepas ni dia boleh buat projek tanam padi atas bumbung, bela arnab banyak2, bina kandang lembu & tempat sembelih moden (boleh share dgn Kak Jat) dan lain2 program yang Pak Pandir Moden @ Mat Jenin boleh terfikir.

Anonymous said...

ada aku kisah? letak la mngkuk hayun mana pun, sama je. KJ dah mmg 7 keturunan aku tak suka. KJ la kepala mangkuk hayun.

Anonymous said...

Boleh makan kerabu perut lah lepas ini... Bestnya kerabu perut

Anonymous said...

Dah garenti menang pun khairy takut isy isy isy ....

apa punya gentleman from oxford. dia pun pariah penjajah dan minda dijajah omputih pun.

Anonymous said...

KJ'' yg sesuai ada style untuk orang muda... SOKONG!!! KJ

Anonymous said...

STEADY KJ STEADY !!! DAH LA YB KJ SEGAK !!! ADE SYLE LG !! HEHE

Anonymous said...

BN Youth Job Fair hasil daripada ilham KJ. dengan karnival karnival sebegitu ia telah membantu dan memudahkan Anak Muda kita. lebih lebih lagi anak MELAYU kita.

KJ TERBAIK !!

Anonymous said...

KJ pernah brdebat dengan Rafizi dia sangat lantang perrrhh.. ''gua sokong KJ'' korang macam mna???

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

Persoalan sekarang ialah "Layakkah Akramshah bertanding Ketua Pemuda kerana dalam Perlembagaan UMNO 9.5 mengatakan calon untuk jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO mestilah pernah atau sedang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau Jawatankuasa Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal???"

Jawatan Ketua Pemuda adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Jangan mengambil tindakan mengikut perasaan jika Perlembagaan UMNO sendiri tidak baca dan faham.

Hanya pandangan.

Anonymous said...

'Melayu mudah lupa'
Seingat aku semasa pemilihan ketua pemuda yg lepas budak kj ni disabit dan didapati bersalah melakukan politik wang aka rasuah tetapi disebabkan BAPAK mertua dia PM maka dia diberi laluan juga utk bertanding bersama khir toyo dan mukhriz yg menyaksikan mukhriz mendapat pencalonan paling banyak tetapi dia juga kalah yg paling corot!!
Menyedihkan parti yg menyanjung perasuah!!

Anonymous said...

Kemunculan KJ membawa perlainan... ''KAMI SOKONG KJ''

Anonymous said...

Kalau setakat bertanding hanya kerana nak memuaskan nafsu politik baik tak payah. Kalau setakat nak menjadi kambing hitam Tun M atas dendam kepada KJ baik tak payah bertanding.

samad sepang said...

KJ byk bantu orang muda. SOKONG KJ.

rasionalisme said...

tak habis dgn fahaman lapuk ke, kemon lah..zaman dah berubah, dunia dah maju..duk bwh tempurung lg ke

SamadSepang said...

Itulah kelemahan, tak sudah dgn DENDAM, hasad. na'uzubillah.

Anonymous said...

Buat apa nak rebut sangat jawatan KP ni. Ombak politik sudah jelas. Lepas PRU14, UMNO jadi pembangkang. Kalu jadi KP boleh kumpul harta sebelum kapal karam ke?

Anonymous said...

Buat apa nak rebut sangat jawatan KP ni. Ombak politik sudah jelas. Lepas PRU14, UMNO jadi pembangkang. Kalu jadi KP boleh kumpul harta sebelum kapal karam ke?

Anonymous said...

sokong KJ !!!

Anonymous said...

kuat betul si PEJILAT ni dapat payroll, boss ko siapa yer!!!

samad sepang said...

pembodek Akhram kantoi dibayar

Anonymous said...

Nak tahu jasa KJ layari Utube "CRIES OF RASUAH". Selepas menontonnya marilah kita sama sokong KJ.

Anonymous said...

Jasa KJ yang tak ternilai:

1. Menubuhkan kumpulan Tingkat 4 semasa pak Mertua jadi PM.

2. Menasihat Pak Mertua supaya membatalkan pembinaan jambatan bengkok ke Singapura dengan alasan Orang Johor tak suka. Kerajaan terpaksa belanja ratusan juta ringgit kepada kontraktor kerana default of contract.

3. Melobi Dato Najib melalui orang suruhannya agar diberi jawatan dalam kerajaan.

4. Menangguhkan pembinaan rail keretapi berkembar RM 10 Billion dari Johor ke Pdg Besar kononnya kerajaan dah tak ada wang disebabkan mismanagement oleh Tun M. Betapi ruginya kerana penangguhan tersebut. Bila disambung semula belanjanya meningkat 14 Billion RM hanya dari Ipoh ke Padang Besar. Ada pula duitnya bila berubah kontraktor baru.

5. Augusta di jual dengan harga Euro 4.50. Ia dibeli dengan nilai puluhan juta RM.

6. ECM Libra dapat memiliki banyak contract. Kenapa ya?

Begitu besarnya jasa KJ. Memang layak untuk menjadi bakal PM termuda.