POLITIK HARIAN: 2019-03-03

Thursday, March 7, 2019

Rasis : Pemuda UMNO, PAS, MCA, MIC Desak Lim Guan Eng Letak Jawatan



Setiausaha DAP, Lim Guan eng didesak untuk meletak jawatan sebagai menteri kanan selepas mengeluarkan kenyataan rasis yang telah menguris hati semua pihak termasuk bukan golongan bukan melayu.

pemuda UMNO, PAS, MCA dan MIC Buat Laporan Polis Berhubung Kenyataan Ras...



Pemuda UMNO, Pas, MCA dan MIC membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama UMNO-Pas ibarat 'perang' terhadap orang bukan Melayu.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira jam 12.15 tengah hari ini.

Laporan polis itu dibuat, diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pemuda MIC, R Thinalan dan wakil daripada Pemuda MCA dan Pas.

#PemudaUMNO #LimGuanEng #LaporanPolis

Pemuda UMNO Gesa Guan Eng Didakwa Di Bawah Akta Hasutan





6 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama UMNO-PAS sebagai satu ‘isyarat perang’ terhadap orang Bukan Islam dan Bukan Melayu di Malaysia.



Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kenyataan dangkal ini amat merbahaya kerana boleh mencetuskan suasana tegang antara kaum dan mampu merangsang perlakuan tidak wajar di kalangan rakyat Malaysia berbilang agama dan kaum.



Tuesday, March 5, 2019

UMNO Dan PAS Umum Kerjasama Rasmi, Fokus Penyatuan Ummah



Sidang Media - Mesyuarat Khas Kerjasama Antara UMNO dan Pas

KUALA LUMPUR 5 Mac–Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Presiden Pas Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man bersama pimpinan Pas Pusat mengadakan Mesyuarat Khas Kerjasama Antara UMNO dan Pas di Menara Dato Onn di sini hari ini.

PAS dan UMNO umum kerjasama rasmi yang memfokuskan kepada penyatuan ummah.

Sidang Media Mesyuarat Jawatan Kuasa Khas UMNO dan Pas

Mesyuarat Jawatankuasa Khas UMNO dan PAS kali pertama di ibupejabat UMNO, PWTC. Ini merupakan pertemuan bersejarah dalam penyatuan Ummah.

Kerjasama UMNO-PAS membawa penyatuan orang melayu dan umat Islam yang bakal melakarkan sejarah baharu politik tanah air. 


Takbir!


MCA dan MIC jangan cakap banyak, keluar sahaja: Nazri



Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan MCA dan MIC tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk kedua-dua parti itu meninggalkan BN.

Katanya, MCA dan MIC perlu bertindak profesional dengan mencontohi 10 parti komponen BN yang bertindak keluar parti tanpa memberikan sebarang alasan selepas kekalahan dalam PRU14 lalu.

ikutlah jejak parti-parti yang sudah keluar sebelum ini. Jangan cakap banyak kalau nak keluar. Keluar lebih baik sebab UMNO tetap mendapat sokongan daripada orang Melayu.

Nazri berkata, UMNO tidak berdepan masalah andai MCA dan MIC keluar parti kerana UMNO sedang berusaha mengadakan kerjasama yang kekal dengan Pas.

Saya juga menyokong pucuk pimpinan UMNO untuk mengadakan kerjasama tetap dengan Pas bagi mengahadapi bukan sahaja PRK tetapi juga PRU15.

MCA dan MIC Keluar BN: Tok Mat pesan jangan bertindak melulu!