Sunday, November 6, 2011

Takbir Hari Raya Aidiladha - Majlis Tertinggi UMNO


Selamat Hari Raya Aidil Adha
اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْدِ

Salam Aidil Adha... Semoga Perjuangan Dan Pengorbanan Kita Di Rahmati Allah...


Salam Eid Mubarak dan Selamat Hari Raya Iadil Adha. Semoga Allah s.w.t menerima amalanmu, mengampuni dosamu, mengangkat penderitaanmu dan kaum muslimin.

Semoga kehadiran Aidil Adha ini juga membasahi kembali ingatan dan semangat perjuangan kita... Bersatulah wahai para sahabatku!

Salam Perjuangan

Bro Jinggo

Penang Tidak Selamat? "Seksualiti Merdeka" Bertambah!


TUNGGU PELANGGAN... sekumpulan pondan yang menunggu
di tepi Jalan Pintai Tali dan Lebuh Chulia bagi menawarkan khidmat seks.

Lebuh Chulia yang terletak di tengah pusat bandar sememangnya sinonim dengan penjualan pelbagai jenis jeruk selain laluan trafik yang sibuk setiap hari.

Namun, kesibukan siang hari dengan pelbagai urus niaga berubah pada waktu malam kerana disitulah juga menjadi kawasan buat segelintir lelaki berpewatakan wanita mencari pendapatan menjaja tubuh mereka.

Peniaga kedai runcit, Ali Abdul Rahman, 39, berkata senario itu berlaku lebih 10 tahun lalu, malah pelbagai tindakan sudah diambil bagi membasmi gejala tidak bermoral.

Ali yang berniaga di kawasan berhampiran sejak 20 tahun lalu berkata, kumpulan pondan itu semakin bertambah dan mereka bergerak sama ada berkumpulan atau berseorangan untuk menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

"Peniaga di sini boleh mengenali wajah pondan berkenaan kerana sudah lama mereka 'mencari makan' di sini, malah ada juga muka baru setiap malam. Bukan di kawasan ini saja tetapi mereka juga merayau di jalan Pintal Tali, Lebuh Chambel dan Jalan Penang.

"Malah terdapat beberapa lorong 'panas' di pusat bandar ini yang dipercayai menjadi tempat pondan menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka.

"Antara yang menjadi pelanggan mereka adalah dari kalangan pelancong dan pekerja asing serta rakyat tempatan," katanya

Ali berkata, walaupun penguatkuasaan dan tindakan giat dijalankan, pondan berkenaan masih meneruskan kegiatan mereka, namun aktiviti berkenaan boleh dibanteras jika masyarakat bekerjasama sekali gus membersihkan nama kawasan itu.

"Jumlah mereka tidak berkurangan dan mereka juga tidak akan menjalankan aktiviti itu jika tiada sokongan daripada pelanggan.

"Jalan Penang mempunyai banyak pusat hiburan yang dikunjungi pelancong asing setiap malam dan ini akan menjejaskan imej Pulau Pinang sebagai negeri bersih," katanya.

Tinjuan dua hari di kawasan itu mendapati, sekumpulan pondan berkeliaran di kawasan itu bermula jam 9 malam sehingga awal pagi dan pelbagai ragam pelanggan dilihat terutama ketika meletakkan harga.

Terdapat 10 pondan menunggu pelanggan di sepanjang jalan itu dan menahan kereta yang lalu lalang bagi mencari pelanggan.

Ada pondan mengenakan pakaian terdedah seperti seorang model, malah ada yang hanya memakai kemeja-T serta berseluar panjang dan sekali sekala muncul dari kawasan gelap.

Seorang pondan yang dikenali sebagai Ema, 20, berkata dia sudah enam bulan mencari makan di kawasan itu dan menawarkan khidmat serendah RM20 di tempat yang dipilih pelanggan, namun beredar selepas menyedari kehadiran wartawan.

TQ: AAKJ