Sunday, April 21, 2013

#PRU13 Pembangkang Berebut, BN Menang Besar


Perebutan kerusi antara parti pakatan pembangkang akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei nanti.

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berkata, ini membuktikan PKR, PAS dan DAP masing-masing gagal mencapai kata sepakat walaupun pada hari penamaan calon.

Beliau mengambil contoh kerusi Parlimen Labuan yang mana PKR dan PAS masing-masing meletakkan calon membayangkan bahawa tiada rasa hormat dikalangan rakan komponen.

"Di Labuan umpamanya ada perbezaan di mana sepatutnya kerusi PAS tetapi PKR tetap nak bertanding. Ketua Pembangkang letakkan calon dia di situ, jadi ini bermakna dia tidak menghormati rakan komponennya di Labuan.

"Jadi itu menunjukkan tidak sepakat dalam menentukan calon di kawasan-kawasan tertentu dan akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional," katanya kepada wartawan pada sidang media selepas melancarkan majlis gotong royong membersihkan PPR Permai hari ini.

Mengulas lebih 1,125 ahli PKR dari cabang Lumut, Perak dijangka bakal keluar parti selewat-lewatnya minggu hadapan, Nong Chik menegaskan, perkara itu sudah dijangkakan.

Malah tambahnya, pengasas parti PKR yang sebelum ini 34 orang namun hanya tinggal dua orang sahaja iaitu Tian Chua dan Wan Azizah Ismail ekoran kecewa dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak terkejut perkara ini berlaku, di sini pun sudah beberapa ahli PKR yang dulu menyokong telah keluar parti saya rasa jadi dari di Wilayah pun ramai yang sudah keluar parti, beribu.

"Penyokong pada 2008 baik di Lembah Pantai dan kawasan lain saya tengok mereka banyak tidak menyokong lagi, bukti PKR sendiri daripada 34 pengasas asal hanya tinggal dua Tian Chua dan Wan Azizah. Yang lain semua dah meninggalkan parti," beliau mengulas lanjut.

Semalam seorang calon Bebas, Rusli Baba muncul mencalonkan dirinya di kerusi Parlimen Lembah Pantai sekali gus mengesahkan pertandingan tiga penjuru pada kali ini.

Mengulas perkara itu, Nong Chik menambah, kemunculan Rusli tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadapnya.
Komen

#PRU13 PRU13 Khairy Dekati Pengundi Muda Di Taman Pinggiran Senawang


Calon Barisan Nasional P131 Rembau bersama penduduk diTaman Pinggiran Senawang Rembau.

Destinasi seterusnya, Khairy Jamaluddin berada di Taman Pinggiran Senawang. Usaha mendekati pengundi muda terus diperhebatkan oleh calon Barisan Nasional (BN) P131 bagi kawasan Parlimen Rembau menerusi Program Sepak Mula Kejohanan Futsal di Taman Pinggiran Senawang, DUN Paroi.


KJ menunjukkan kemahiran bermain bolasepak di Karnival Futsal Tmn Pinggiran Senawang.

Untuk mengikuti aktiviti calon Barisan Nasional Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sila layari http://p131-rembau.blogspot.com

#PRU13 VIDEO: Chegubard Sebak Ditampar Ahli Pas Waktu Penamaan


SEMALAM kami mendedahkan kejadian bagaimana calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dipukul oleh ahli Pemuda Pas sewaktu hari penamaan.

Ramai yang tidak percaya kerana ‘mana mungkin Pas akan bertindak begitu pada rakan komponennya’.

Ternyata hari ini semuanya terbongkar apabila Chegubard sendiri meluahkan perasaan sedih yang menimpa diri serta keluarganya dalam insiden tersebut.

(klik DI SINI untuk mengetahui kisah Chegubard dipukul)

Untuk rekod, PKR meletakkan Chegubard di DUN Sungai Acheh sementara PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Mat Piah.

PAS mendakwa kerusi berkenaan kepunyaan PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU 2008.

Untuk itu, Chegubard akan menentang Mohd Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi, Datuk Mahmud Zakaria daripada BN.

” Hari ini tak mungkin saya sebut secara terus terang…tapi tak mengapalah…saya sangat sebak…saya boleh lawan UMNO dan Barisan Nasional secara berdepan tapi saya tak ada pengalaman bergaduh dengan ‘adik beradik’ sendiri.

” Pagi ini saya disambut dengan caci maki, saya ditolak, muka saya ditampar..isteri saya juga ditolak,” katanya.

Sebenarnya, Chegubard kena renung dan muhasabah diri kenapa dia diperlakukan demikian.

Semua orang tahu Chegubard agak ekstrem dalam perjuangan politiknya hingga beberapa kali terlibat dalam perhimpunan haram termasuk ditahan kerana bertindak agresif dengan pihak polis.

Seterusnya klik di sini...