Sunday, April 21, 2013
#PRU13 Pembangkang Berebut, BN Menang Besar
Perebutan kerusi antara parti pakatan pembangkang akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei nanti.
Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berkata, ini membuktikan PKR, PAS dan DAP masing-masing gagal mencapai kata sepakat walaupun pada hari penamaan calon.
Beliau mengambil contoh kerusi Parlimen Labuan yang mana PKR dan PAS masing-masing meletakkan calon membayangkan bahawa tiada rasa hormat dikalangan rakan komponen.
"Di Labuan umpamanya ada perbezaan di mana sepatutnya kerusi PAS tetapi PKR tetap nak bertanding. Ketua Pembangkang letakkan calon dia di situ, jadi ini bermakna dia tidak menghormati rakan komponennya di Labuan.
"Jadi itu menunjukkan tidak sepakat dalam menentukan calon di kawasan-kawasan tertentu dan akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional," katanya kepada wartawan pada sidang media selepas melancarkan majlis gotong royong membersihkan PPR Permai hari ini.
Mengulas lebih 1,125 ahli PKR dari cabang Lumut, Perak dijangka bakal keluar parti selewat-lewatnya minggu hadapan, Nong Chik menegaskan, perkara itu sudah dijangkakan.
Malah tambahnya, pengasas parti PKR yang sebelum ini 34 orang namun hanya tinggal dua orang sahaja iaitu Tian Chua dan Wan Azizah Ismail ekoran kecewa dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tidak terkejut perkara ini berlaku, di sini pun sudah beberapa ahli PKR yang dulu menyokong telah keluar parti saya rasa jadi dari di Wilayah pun ramai yang sudah keluar parti, beribu.
"Penyokong pada 2008 baik di Lembah Pantai dan kawasan lain saya tengok mereka banyak tidak menyokong lagi, bukti PKR sendiri daripada 34 pengasas asal hanya tinggal dua Tian Chua dan Wan Azizah. Yang lain semua dah meninggalkan parti," beliau mengulas lanjut.
Semalam seorang calon Bebas, Rusli Baba muncul mencalonkan dirinya di kerusi Parlimen Lembah Pantai sekali gus mengesahkan pertandingan tiga penjuru pada kali ini.
Mengulas perkara itu, Nong Chik menambah, kemunculan Rusli tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadapnya.
Komen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment