Monday, July 15, 2013

PRK Besut : Pas Kawal Kenyataan Azlan Kepada Media… Takut Calon Salah Cakap!



Pas memutuskan untuk tidak membenarkan Azlan @ Endut Yusof (gambar), calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, membuat kenyataan secara spontan kepada media.

Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan.

“Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh),” katanya.

Hanafiah menjelaskan, pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media.

“Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti,” katanya.

Menurutnya, apa berlaku kelmarin adalah satu contoh kenyataan Azlan disalah tafsir oleh media.

“Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen,” katanya.

Dalam kenyataan akhbar disiarkan semalam, Azlan, seorang kontraktor yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long, dilaporkan berkata, beliau akan mengupah orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika beliau dipilih oleh pengundi pada PRK ini, sementara beliau sendiri akan memberi tumpuan kepada perniagaannya di Kelantan.

Diminta menjelaskan mengenai kenyataan itu, Hanafiah memberitahu, apa yang dimaksudkan Azlan ialah mahu melantik pembantu dan kerani untuk melicinkan tugasnya sebagai wakil rakyat nanti.

“Kenyataan ini jelas dimanipulasi hingga kami buat keputusan mengehadkan kenyataannya dengan media,” katanya.

Menurutnya, jika dipilih, Azlan memutuskan tidak akan mengambil elaun wakil rakyat, sebaliknya akan menyalurkan wang itu untuk tabung bantuan yang akan ditubuhkan bagi bantu golongan memerlukan di Kuala Besut.

“Sebelum ini pun beliau telah banyak menyumbang untuk parti,” katanya. – SH

Pemuda Umno Desak Tindakan Tegas Pasangan Persenda Islam


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa agar tindakan tegas dan cepat diambil terhadap pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pasangan itu jelas telah mengguris perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam tidak kira kenyataan itu dibuat atas apa sebab sekali pun.

"Kali ini jelas ada nama, ada gambar dan malah mereka sendiri telah mengaku dan hari ini mereka telah pergi ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk beri keterangan tanpa menafikan mereka buat perkara tersebut.

"Saya harap supaya ada tindakan yang cepat kali ini. Saya tak faham kalau kes yang jelas, terang dan nyata macam ini pun kita tak boleh ambil apa-apa tindakan," katanya kepada pemberita pada satu sidang media, di sini, Isnin.

Jelasnya, kerajaan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia telah mempunyai peruntukan undang-undang mengenai perkara ini yang membenarkan tindakan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menghina pihak lain.

"Kes ini amat jelas sekali, kalau kita tanya 10 orang umat Islam di Malaysia sama ada mereka rasa terhina atau marah, saya rasa 10 daripada 10 akan setuju.

"Sekarang tinggal lagi kita mahu lihat tindakan diambil, ini bukan hanya masa ambil keterangan," katanya.

Khairy berkata, tindakan terhadap pasangan itu juga harus diambil walaupun beliau difahamkan pasangan tersebut telah membuat permohonan maaf.

Katanya, ia perlu kerana negara mempunyai undang-undang selain menjadi pengajaran kepada masyarakat.

"Dalam perkara tertentu, walaupun dia minta maaf kita perlu juga ambil tindakan.

"Kalau tidak, kita boleh cakap apa-apa yang mengguris hati orang ramai, selepas minta maaf kita kira perkara itu selesai.

"Saya rasa tak boleh, kes ini sangat serius dan perbuatan ini cukup menimbulkan kemarahan umat Islam," katanya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan umat Islam supaya tidak menunjukkan reaksi melampau terhadap perkara ini dan mengingatkan orang ramai supaya supaya tidak mengguris sensitiviti mana-mana agama.

Katanya, tindakan yang sama perlu dikenakan kepada sesiapa sahaja termasuk orang Islam yang menghina agama lain.

"Kita tak mahu orang kata kita memilih dalam membuat tindakan," tegasnya.


Pada Khamis, pasangan ini memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tuesday, July 9, 2013

Guru Mati Ditembak! Salah Siapa?


Apa dah jadi dengan manusia zaman sekarang? Bunuh membunuh dah jadi perkara biasa... macam tak ada undang-undang negara ini!

Adakah kerana kebanjiran pekerja warga asing di negara ini menyebabkan kes jenayah meningkat? Memang aku cukup tak berkenan dengan mereka semua ni....

Yang menyedihkan kejadian berdarah ini berlaku di hadapan Sekolah Rendah sekaligus mendedahkan ancaman yang bahaya kepada murid-murid sekolah!

Pembunuh ni pun tak ada kepala otak! kalau nak bunuh orang pun, bunuh la kat tempat lain!

Panchor bachok- Satu kes guru berusia lebih kurang 40 an ditembak mati berhampiran Sekolah Keb. Beris Panchor, Bachok pada pukul 2.00 Petang.

Pembunuh melepaskan 3 das tembakan ke atas mangsa yang berada didalam kereta Mercedes milik mangsa dan meninggal di tempat kejadian.

MAKLUMAT MANGSA :
NAMA : HASHIM
UMUR : 40AN
KERJA: PEN. KANAN HEM SEK. KEB BERIS PANCHOR, BACHOK

Pada 08/07/2013 jam lebih kurang jam 1.40 ptg, Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kn. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu.

Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dan lain lain .

Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dalam siasatan.. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB untuk bedah siasat yang dijangka akan dijalankan malam ini.