Friday, November 28, 2008

16 Sept Hanya Tinggal Kenangan…

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali mengakui terdapat anggota parti itu yang percaya terhadap tuduhan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong tentang projek pembentukan kerajaan baru peringkat persekutuan 16 September lalu.

"Tidak ramai yang mempercayai propaganda (media arus perdana) ini. "Malangnya saya lihat ada juga segelintir paling kecil anggota PKR, termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta Wanita PKR, yang termakan oleh propaganda murahan ini," katanya sewaktu merasmikan kongres dua sayap utama parti itu di Stadium Malawati, Shah Alam pagi ini.

Bagaimanapun, menurutnya, sebilangan besar rakyat, dan hampir semua anggota parti dalam Pakatan Rakyat tetap mengharapkan projek itu menjadi kenyataan setidak-tidaknya dalam pilihanraya umum akan datang.

"Saya tahu bahawa seluruh anggota parti dan rakyat yang mahukan perubahan yakin Anwar becakap benar tentang bilangan Anggota Parlimen yang hendak berpindah itu cukup," katanya.

Pemimpin nombor dua dalam PKR itu berkata demikian ketika menjawab tuduhan terhadap pemimpin Pakatan bahawa Anwar berbohong tentang bilangan ahli-ahli parlimen BN yang hendak melompat kepada gabungan pembangkang bagi menumbang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Inilah Anwar Ibrahim. Beliau akan menipu secara maksimum untuk meraih sokongan penyokong beliau, Anwar pernah membuat kenyataan yang agak kendur apabila berkata “Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan.” Hari ini Anwar mempercayai kadaq dan kadar, sedangkan sebelum ini beliau dengan angkuhnya mengatakan bahawa 16 Sept beliau akan menjadi Perdana menteri.

Mungkin Anwar telah menerima hakikat bahawa Allah SWT tidak memberikan beliau keizinan untuk menjadi Perdana Menteri. Allah SWT juga telah merentap kerusi berkenaan ketika beliau berada begitu hampir untuk menduduki kerusi pertama berkenaan.

1 comment:

Generasi Pejuang Bangsa said...

16 SEPT adalah satu pembohongan besar utk penyokong pembangkang terutama bukan melayu .

kita akan mengikuti kongres mereka yg berlangsung dan kita lihat sendiri perwakilan mereka lantang mengkritik wakil rakyat mereka jarang turun padang selepas menang.

kelemahan mereka kini sudah byk terdedah ,keretakan dan perbezaan pendapat dgn PAS di selangor menujukkan pakatan mereka kian rapuh.