Tidak adil jika Karpal singh saja yang didakwa kerana menghina Sultan jika Nizar MB Perak yang dipecat yang menjadi punca segalanya tidak didakwa sekali.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta kerana mengancam untuk mendakwa Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang dikatakan bertindak di luar bidang kuasanya serta membenarkan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru. Anak lelaki beliau, Ram Karpal Singh mengesahkan bapanya telah menerima notis untuk hadir pada pukul 9 pagi esok bagi menghadapi dakwaan mengikut Akta Hasutan.
Kata beliau “Kami dimaklumkan bahawa ia di bawah Akta Hasutan 1948 tetapi kami tidak tahu Seksyen mana…biasanya ia di bawah Seksyen 4,” katanya.Karpal dilaporkan mengeluarkan kenyataan tersebut pada 6 Februari lalu.Ekoran itu, pelbagai parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan tampil membuat laporan polis terhadap beliau di seluruh negara.Bagaimanapun ini bukan kali pertama Karpal menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan. Karpal sebelum ini bertegas mahu memfailkan kes mahkamah ke atas Sultan Azlan Shah kerana menitahkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau tetap mempertahankan pendiriannya untuk menyaman Sultan Perak dengan alasan tindakannya itu tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang.
Kita lihat sejauh mana kekebalan Karpal dan ini , eloklah Karpal disimpan saja di Kemunting dan diberikan kursus menghormati Sultan dan bangsa Melayu, Sementara itu anak beliau Govind telah digantung kerja selama setahun dan ianya merupakan satu pengajaran kepada MP Pembangkang agar menghormati Parlimen dan jangan menganggap Parlimen sebagai sarkas.
1 comment:
Karpal diwakili 13 peguam. Lihatlah, bertapa bangsat2 ini hendak menjatuhkan org melayu.
View Profile: Rantong™
Post a Comment