Tuesday, February 2, 2010

KDN pantau blog




Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bukti kini sedang dikumpulkan dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.

“Tindakan kita kebelakangan ini menunjukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah,” katanya.

Beliau di:temui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini, semalam.

Menyifatkan kes seperti blogger Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail seba:gai kes rintis, Hishammudin berkata, KDN, SKMM dan pihak berkuasa yang berkaitan akan mengenal pasti mereka yang terlibat dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Hishammuddin berkata, beliau telah dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ada beberapa blogger dan laman web yang kini dipantau kerana menyentuh perkara-perkara sensitif.

Ditanya mengenai laporan beberapa blog mengenai terdapatnya desakan agar Ketua Pergerakan UMNO Khairy Jamaluddin meletak jawatan, Hishammuddin berkata, laporan terbabit adalah tidak tepat.

Menurutnya, penulis blog terbabit tidak tahu hujung pangkal perbincangan mesyuarat Exco Pemuda yang diadakan baru-baru ini.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO, tidak menolak laporan itu mungkin dibuat kerana kepentingan tertentu, namun katanya desakan seumpamanya tidak akan membawa kepada pengukuhan parti.

3 comments:

AbgTuah said...

BRO..PUKUL DUA LEBIH ..TAK TIDOR LAGI KE..?

HEHEHE..pejuang..mana kenal erti siang dan malam..pagi dan petang..

BETUL TU BRO..DIHARAP BLOG YG MENIMBULKAN FITNAH PERLU DI PANTAU DAN DI BLOCK..

Unknown said...

Salam abg tuah... bukan setakat pukul 2 lebih bang tuah skrg dah kul 4pg pun tak tido lagi.. hahaha

Teruskan perjuangan,kita ambil pengajaran disini.. klu nak blogging jgnlah keterlaluan sehingga boleh menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini. buruk padahnya..

dan jgn juga kita menyebarkan berita yg tidak tepat dalam erti kata lain berita khabar angin.. ada baiknya kita siasat dahulu dan jgn terlalu ghairah kerana ianya tidak akan membawa kepada pengukuhan parti....

Jeffry said...

Aku harap KDN hanya pantau blog pembangkang jer!... Blog pro kerajaan jangan pantau. Kalau ada tersilap kata pada blog kita (BN) buat pejam mata udah ler!...