Friday, June 25, 2010

Siapa Ibrahim Ali ?




Presiden Perkasa bukannya satu jawatan yang boleh membuat Ibrahim Ali sewenang wenangnya membuat kenyataan mengarahkan mana mana Ahli Parlimen BN meletakkan jawatan atau berhenti dari menjadi ahli Parlimen. Siapakah Ibrahim Ali , beliau bukanlah ahli UMNO dan beliau Adalah pembangkang yang bertanding di atas tiket Pas dan keluar dari Pas menjadi ahli Bebas.

Setelah melompat dari ahli UMNO menjadi pembangkang menyertai semangat 46 kemudian masuk balik UMNO dan lompat kembali kepada PAS dan kini lompat lagi sehingga tidak ada lagi tempat untuk melompat akhirnya menubuhkan Perkasa untuk menyelamatkan politik beliau yang kini sudah tidak bertapak.

Menuduh Khairy Jamaluddin menjual bangsa Melayu sememangnya satu tuduhan murahan yang sebagaj mahu mempopular kan diri dan adalah merupakan tuduhan yang jahat, Khairy Jamaluddin yang memperjuangakan agar biasiswa JPA tidak di mansuh kan kerana ramai anak Melayu yang mendapat Biasiswa berkenaan diputar belit kan Kenyataan Khairy ini untuk mengelirukan rakyat. Sebenarnya tidak langsung ada isu bahawa Khairy meminta Biasiswa MARA di mansuhkan dan langsung tidak menyentuh mengenai isu itu.

Bantahan Pemuda mengenai lesen judi juga membayangkan Khairy berjiwa Melayu dan sebagai Ketua Pemuda UMNO sikap Khairy memperjuang hak Melayu tidak perlu dipertikaikan, Ibrahim Ali jika mahu meraih populariti carilah cara yang lebih baik dan bukan hanya sekadar membuat andaian sahaja.

Tuduhan Ibrahim Ali bahawa Khairy Jamaluddin berkompromi mengenai kepentingan Melayu dengan ketua Pemuda UMNO sdr Wee Ka Siong sebenarnya sememangnya tidak berasas. Ibrahim Ali tidak perlu mencuba ke populariti beliau dengan cuba melagakan Pemuda MCA dan Pemuda UMNO. Mereka adalah dari gabungan BN dan selaku Pengerusi Pemuda BN , Khairy berhak mempertahankan kebenaran khususnya apabila Kenyataan Ketua Pemuda MCA di salah ertikan oleh Presiden Perkasa.

6 comments:

Anonymous said...

Kenapa perlu dipersoalkan kredibiliti Ibrahim Ali? pada saya beliau merupakan pejuang melayu tulen sungguhpun kadangkala gerak gaya beliau yang suka melompat dilabel tidak setia oleh sesetengah pihak..tetapi cuba lihat dari persepktif lain bagaimana beliau mempertahankan hak dan ketuanan melayu tanpa jemu dan bosan? mana perginya ketua pemuda UMNO ketika kaum-kaum tak mengenang budi selain melayu ini menghina dan mempersoalkan hak dan maruah kaum melayu?, sudah2 lah tu tuan..jangan lah kita nak memuji KP UMNO sehingga kita lupa jasa insan lain.

Anonymous said...

Yg aku heran nape agong2kan sgt KJ, apa jasanya???Kalu benar2 ikhlas brjuang, bkn cari publisti murahan, dah lama jadi Menteri.Ni keje pun tak pernah, asyik pakai strategi ada udang disebalik mee.Pada aku sesapa yg pilih KJ jadi Ketua Pemuda sebenarnya patut ditolak ketepi pasai mrk2 smua ada target masing2,paling kodi dpt kontrak ke?? KJ naik kalu hancurrr UMNO krn sejarah DSAI akan berulang..

Anonymous said...

wah rmainye penokong brahim katak di sni..

betul.. ibt=rahim tubuhkan perkasa hny utk meraih sokongan politik sbb dah x de platform.. pru 13 di pasir mas yg akan b'tanding maybe umno-pas-bebas. hrap2 umno or pas la yg mnang, x de la ktak ni lg..

lg 1 kalau stakat memekak tntag hak melayu je buat pe.. tekankan la jgak pd akhlak n agama org melayu ni. dah truk dah melayu sekarang.. zina, arak, judi, buang anak la.. semua melayu yg banyak.. baru la jd pejuang melayu yg sebenar..

stakat i msh lg x jumpa pejuang melayu yg tulen..

Anonymous said...

BRAHIM ALI SUDAH ADA TREKREKODNYA, KJ ADA APA? HAMPEH TERHEGEHHEGEH ADERLER.

BRAHIM ALI ADA PRINSIP,SUDAH TAHAN DIUJI, ADA PRINSIP PERJUANGAN BUKAN MACAM LALANG MCM KJ TU.

PENDERHAKA DAN PEROSAK BESAR NEGARA PUN KJ SOKONG TOLONG LEPASKAN.

Anonymous said...

Amende Anon Labu 8:50 ni merepek.Lu check ketua lu pasai
"lg 1 kalau stakat memekak tntag hak melayu je buat pe.. tekankan la jgak pd akhlak n agama org melayu ni. dah truk dah melayu sekarang.. zina, arak, judi, buang anak la.. semua melayu yg banyak.. baru la jd pejuang melayu yg sebenar.."
Sapa dok merapu kat karaoke???Ngan pompuan lagi n then tiba2 jadi alim???Lu bangang ka, sapa ada sokong dia kecuali Pemuda MIC n ni cari MCA plak selain pencacai lantikan Pemuda negeri.Yg penting perjuangan kena ikhlas. Satu lagi, pasai apa dia sibuk2 bela Cina tu. Bagi aku kluar UMNO masuk PPP ka, PKR ka PKM ka lagi senang.Alo brader zaman bodek2 n kontrak2 akan brkubur. Lu dpt kontrak apa??Potong rumput majliska???

Anonymous said...

heheheh nak tekankan bab agama.. ala KJ pun ada masalah moral..kalau tak ada masalah, tak berterabur la gambar2 dia di internet....

sapa yang nak sangkal kenyataan...hanya melayu yang perjuang islam di malaysia...lesu melayu punahlah islam....