Tuesday, August 10, 2010

Peniaga Melayu terus ditindas di P.Pinang


Selamat menyambut bulan ramadhan kepada seluruh umat Islam sama ada yang berada di Malaysia mahupun di luar negara. Sedar tak sedar sudah sampai kita pada bulan yang penuh dengan berkat iaitu bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan juga adalah bulan rezeki dan kebanyakan orang akan terbayang akan pesta makanan di bulan puasa yang dah menjadi budaya bagi rakyat Malaysia. Di mana-mana saja gerai-gerai ramadan akan di kerumuni oleh orang-orang yang lapar dan dahaga setelah seharian berpuasa.

Berlainan pula dengan peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang cukup tertekan dan kecewa dengan tindak-tanduk dengan pentabiran kerajaan negeri tersebut tersebut yang mengamalkan sistem pemerintahan perkauman yang cukup tebal.

Hari ini rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu lagi penindasan secara terang-terangan dilakukan di Pulau Pinang.

Rata rata peniaga melayu agak susah sekarang sejak penang dibawah didominasi DAP, dulu di Pulau Pinang ornag melayu boleh berniaga musim perayaan, kini DAP meminggirkan orang melayu.

Utusan - WALAUPUN peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang semalam tidak ramai, tetapi mereka telah menunjukkan bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri kerana tidak membenarkan Bazar Ramadan diadakan di kompleks itu.

Peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang cukup tertekan dan kecewa dengan tindak-tanduk kerajaan negeri sejak dua tahun lalu.

Rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu lagi penindasan secara terang-terangan dilakukan di Pulau Pinang.

Paling jelas ialah tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat mengancam periuk nasi peniaga-peniaga Melayu. Pemerintah Pulau Mutiara itu tidak dapat lagi menyembunyikan dasar diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu.

Kita dimaklumkan bahawa tindakan tidak membenarkan berniaga itu dibuat kerana peniaga Melayu didakwa gagal membuat bayaran sewa. Namun cerita sebaliknya pula dilaporkan bayaran telah dibuat.

Seperti biasa masalah teknikal sebegini yang nampaknya tiada tolak ansur dalam dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang. Apa sahaja ruang dan peluang untuk menafikan penglibatan Melayu dalam perniagaan kecil cuba dinafikan dengan menggunakan undang-undang.

Undang-undang adalah ciptaan manusia dan boleh dipinda. Tetapi lebih berharga jika dasar tolak ansur demi memakmurkan ekonomi semua kaum diberi keutamaan.

Jika ini dapat dilaksanakan, tidaklah timbul tanggapan setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka cuba halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki di bulan Ramadan.

Sebab itu, orang ramai akan mempersoalkan apa tujuan sebenar kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP bertindak menjurus kepada penindasan kepada peniaga Melayu terutamanya yang berniaga di tempat strategik di negeri itu.

Tindakan menghalang berniaga di Bazar Ramadan di tingkat tiga Komtar menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP seolah-olah menyimpan sikap perkauman yang tebal.

DAP akan dituduh mempunyai dendam kesumat kepada orang Melayu? DAP akan dituduh parti yang baharu sedikit diberi kuasa tetapi sudah melakukan bermacam-macam tindakan menyusahkan orang Melayu.

Kita tidak tahu bagaimana nasib orang Melayu dan bumiputera jika DAP dan rakan sekutunya dapat memerintah Kerajaan Pusat.

Kebetulan atau sudah dirancang, nampaknya bermula tahun lalu kerajaan negeri itu seolah-olah mahu terus mengganggu perniagaan orang Melayu. Pada tahun lepas, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menghentikan pengeluaran lesen sementara bagi bazar tersebut yang telah wujud sejak 25 tahun lalu atas alasan mengganggu lalu lintas.

Tetapi tidakkah tindakan itu dilihat berat sebelah, apabila MPPP hanya 'menutup sebelah mata' membiarkan ratusan penjaja haram berniaga di kaki lima di Georgetown sehingga menyebabkan juga kesesakan lalu lintas?

Golongan peniaga tidak sepatutnya terlibat dalam politik sempit. Tetapi kita telah ditunjukkan belang sebenar apabila DAP memerintah - hendak dapat ruang berniaga pun susah.

No comments: