Saturday, October 9, 2010

Najib Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Sayap Umno



Gambar gambar sekitar: Majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Pemuda, Wanita, Puteri Umno

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa selama satu jam menjamu selera dan beramah mesra dengan anggota Umno pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Pemuda, Wanita, Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Jumaat.

Ketibaan Najib disambut ketua-ketua sayap parti iaitu Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut sama, Naib-naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta anggota Majlis Tertinggi dan Exco-exco sayap parti.

Pada majlis itu, Najib yang juga Presiden Umno telah menyampaikan cenderahati kepada bekas ketua sayap antaranya Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Tan Sri Aishah Ghani dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai tanda penghargaan dan mengenang jasa mereka yang memperjuangkan agenda parti sejak dulu lagi.

Shahrizat berkata majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan semangat perpaduan di antara Pemuda, Wanita dan Puteri di samping dapat berkumpul dan beramah mesra dengan anggota Umno di peringkat akar umbi.

Rosnah pula berkata majlis seperti itu perlu diadakan pada tahun akan datang kerana ia memberi kesan positif bukan sahaja di kalangan pemimpin parti tetapi juga kepada anggota-anggota di semua peringkat.

(Source: Bernama)

No comments: