Monday, December 20, 2010

KUANTAN KEMUNCAK JOM NEGERI PAHANG !!

Konvoi Jelajah One Malaysia Negeri Pahang sampai ke kemuncaknya di Kuantan. Sambutan luar biasa dari pihak Kerajaan Negeri telah memberi semangat kepada Pemuda BN untuk meneruskan misi JOM.

YB. Khairy Jamaluddin sempat bersama singgah ke Majlis Perkahwinan AJK Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota sebelum meneruskan konvoi ke lokasi seterusnya. Ini menunjukkan semangat setia kawan yang rapat di kalangan anggota Pemuda BN.


Perjalanan diteruskan dengan iringan Kelab Bermotor Kuantan dan Paya Besar ke Program Perasmian JOM di Kuantan, Pahang. Di dalam ucapan, YB. Khairy turut menyentuh soal janji-janji PKR Kuantan yang dahulunya akan membantu golongan-golongan yang kononnya hidup miskin akibat kelalaian Kerajaan Negeri Pahang. Namun, sehingga hari ini, tiada sebarang usaha ke arah itu. Malah, Pemuda BN tidak perlu berjanji kepada rakyat akan tetapi terus turun padang membantu golongan yang memerlukan di Kuantan dan Indera Mahkota.

Program ini turut diiringi tarian Singa dan Gendang Kaum India yang menunjukkan bukti bahawa Program JOM diterima kesemua kaum dengan semangat 1Malaysia.

YB. Khairy turut mengucapkan Syabas kepada Kelab Bermotor Kuantan dan Paya Besar atas kesungguhan mereka menyokong usaha melancarkan program JOM Peringkat Negeri Pahang. YB. Khairy turut menyumbangkan 2 buah kerusi roda untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.



Ternyata JOM peringkat Negeri Pahang satu pengalaman manis kerana Pemuda BN membawa Gelombang Biru di negeri Pahang. Keluhatan ramai masyarakat sekitar Kuantan begitu teruja melihat kemeriahan konvoi ini.

No comments: