Monday, August 22, 2011
Untuk Tujuan Apa Anwar Pohon Temu Bual 15 Saksi ?
AIDCNews- Setelah pihak peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapat kebenaran mahkamah untuk menemu bual 15 saksi yang memakan masa 15 hari bermula dari 8 Ogos hingga 22 Ogos, maka apakah kesudahan episod itu.
Kembali kepada premis asal, apakah motif Anwar memohon ditemu bual 15 saksi itu dan adakah kesemuanya akan digunakan dalam pembelaan Anwar 22 Ogos hari ini ?
Jika hanya dua tiga orang atau tidak seorang pun yang akan digunakan sebagai saksi bagi pihak Anwar untuk pembelaan 22 Ogos, jadi apakah motif dipohon kepada mahkamah 15 saksi itu ?
Sudah diketahui umum, pendakwaan ke atas Anwar adalah “Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan majikan dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Azlan, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Perbicaran di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan”
Berdasarkan permohonan pertama, 26 Julai, kecuali Hasanuddin Abd. Hamid (pemilik unit kondominium), 4 saksi lain, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof (bekas Ketua Polis Melaka); Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri); Datin Seri Rosmah Mansor tiada di tempat kejadian seperti dalam pendakwaan.
Maknanya panggilan saksi untuk keempat penama di atas tidak relevan untuk pembelaan Anwar di mahkamah.
Hassanuddin dan Keluarga Pemilik Kondo
Hassanuddin pula sepatutnya dipohon bersama ahli keluarganya iaitu Noor Sham Abdul Hamid (isteri Hassanuddin), Suliati (pembantu rumah Hassanuddin) dan Fitria Dipan (pembantu rumah Hassanuddin).
Malangnya, mereka berempat berada di unit berbeza iaitu di Unit 1152 dan bukannya 1151 seperti yang didakwa di mahkamah.
Mereka berempat juga telah menunjukkan reaksi tidak mahu bekerjasama dengan Anwar, walaupun asalnya mereka merupakan sahabat dan kenalan kepada Anwar.
Reaksi mereka seolah-olah tidak mahu campur tangan dan tidak tahu menahu tentang aktiviti liwat Anwar di Unit 1151 seperti masa yang didakwa sehingga nama mereka terpaksa dipohon melalui mahkamah.
4 Individu Bermesyuarat Bersama Anwar
Empat individu yang bermesyuarat bersama Anwar adalah Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem (bekas Pengarah Eksekutif MIER), Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank Deutsche Bank (M) Bhd), Omar Malek Ali Merican (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia) dan Nik Mahmood Nik Hassan (Aktivis PKR).
Malangnya unit dan masa berbeza dengan pendakwaan di mahhkamah.
Mereka didakwa bermesyuarat bersama Anwar pada 26 Jun 2006, di Unit 1152 di antara jam 12 tengahari hingga 2.30 petang.
3 Pembantu Anwar
Tiga pembantu Anwar adalah Abdullah Sani Said (pemandu peribadi Anwar) serta dua pengawal peribadi Anwar yang bernama Mokhtar Mustafa dan Mohd. Khoharullah Abdul Majid.
Malangnya kehadiran mereka tidak disokong bukti-bukti lain, termasuk rakaman CCTV.
Jika benar, ketiga mereka saksi alibi Anwar kenapa perlu dipohon melalui mahkamah untuk ditemu bual dan kenapa tidak digunakan kesaksian mereka semasa penggulungan hujah untuk membebaskan kes Anwar daripada diberi keputusan prima facie ?
Baca lagi di AIDC
Labels:
Anwar Ibrahim,
Liwat II
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment