Wednesday, November 2, 2011

Anwar Ibrahim Disokong Human Right Watch & Amnesty International


“(Saya) telah bangkitkan kes anda kepada Human Rights Watch (HRW) dan Amnesty International (AI), minggu lepas di London” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya kepada @leopoldolopez

@leopoldolopez adalah twitter milik Leopoldo López adalah seorang ahli politik dan aktivis reformasi Venezuela yang telah dijatuhi hukuman tidak boleh memegang sebarang jawatan awam sehingga tahun 2014 kerana didakwa melakukan korupsi.

Lopez yang mahu bertanding jawatan Presiden Venezuela itu telah meminta pertolongan daripada dua badan hak asasi manusia antarabangsa, HRW dan AI untuk membantu kes korupsinya itu.

Minggu lalu, Anwar berada di London untuk menghadiri mesyuarat Generation Investment Management (GIM) milik mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) yang juga terkenal sebagai pejuang perkahwinan sejenis.

Dengan bukti twitter komunikasi Anwar dengan Lopez bahawa beliau telah membangkitkan permohonan aktivis reformasi Venezuela itu kepada HRW dan AI, bermakna beliau juga turut mengadakan pertemuan dengan kedua-dua badan hak asasi antarabangsa.

Jika Anwar boleh bangkitkan isu Lopez kepada badan hak asasi antarabangsa, ada kemungkinan besar, beliau juga turut membuat aduan sama berkenaan kes peribadinya di Malaysia kepada kepada HRW dan AI.

Apakah HRW dan AI dan Kenapakah mereka membuat aduan kepada kedua-dua badan itu ?

HRW adalah organisasi hak asasi manusia antarabangsa yang beribu pejabatnya di New York City dan juga turut mempunyai pejabat-pejabatnya di London, Berlin, Beirut, Brussels, Chicago, Geneva, Kuala Lumpur, Los Angeles, Moscow, Paris, San Francisco, Tokyo, Toronto, dan Washington.

Berdasarkan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa, HRW bertindak melaksanakan polisi-polisi deklarasi itu dengan menentang sebarang bentuk kesalahan yang berkaitan dengan hak asasi manusia, termasuk hukuman mati dan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.

HRW juga menjadi jurucakap kepada kebebasan terutamanya berkaitan dengan hak asasi manusia seperti kebebasan beragama dan kebebasan media.

Menurut wikipedia, George Soros, penyangak matawang Yahudi adalah penyuntik dana kepada HRW.

Kata Soros; “HRW adalah salah satu organisasi paling berkesan yang saya sokong. Asas Hak Asasi Manusia menyokong aspirasi terbesar kami iaitu (untuk mewujudkan) masyarakat terbuka.”

AI juga organisasi antarabangsa yang hampir sama matlamatnya dengan HRW.

Menurut wikpedia, AI bertujuan untuk “menjalankan penyelidikan dan menjana tindakan untuk mencegah dan menamatkan penyalahgunaan terhadap hak asasi manusia, dan menuntut keadilan bagi orang-orang yang haknya telah dicabuli.”

AI ditubuhkan di London pada tahun 1961 mempunyai matlamat antara lainnya; melindungi hak asasi manusia, menggalakkan toleransi agama dan melindungi hak-hak LGBT.

Menurut discoverthenetworks.org - Guide to the George Soros Network – AI salah satu badan hak asasi manusia yang ditaja Soros.

Kebanyakan penulis Barat bersetuju bahawa Soros merupakan dalang di sebalik agenda kedua-dua badan hak asasi itu. Klik di sini , sini, sini, dan sini


Sumber: AIDC

No comments: