Friday, December 16, 2011
Nizar Muka Tak Malu ! Tumpang Populariti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
Banner di atas adalah banner yang dipamerkan di Pusat Khidmat MP Bukit Gantang YB Nizar Jamaluddin, sekali pandang nampak macam Bantuan Rakyat 1 Malaysia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh PAS ibarat ''Kambing punya susu, sabun jenama Shurah dapat nama... hehehe".
PAS Bukit Gantang kini dikhabarkan sedang giat 'membantu' mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tapi ianya ditukar nama kepada 'Borang Duit Rakyat'. Tidak kiralah apa nama yang mereka hendak guna, yang pasti di sini PAS mengakui bahawa bantuan ini memang cukup menggembirakan semua rakyat berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
Bukan sahaja borang tersebut boleh didapati di Pusat Khidmat PAS Bukit Gantang, malah PAS di kawasan tersebut turut memudahkan urusan rakyat dengan menghantar borang tersebut terus kepada LHDN. Selanjutnya klik di sini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
semoga rakyat tidak terpedaya dengan taktik murahan sebegini
500 rm tuuu duit UMNO ke? hebat macamana UMNO dapat duit yg banyak2 ye?
Masalah juak2 pengampu umno adalah tak dapat beza erti perkataan 'parti' dengan 'kerajaan'.
duit umno dimiliki hanya oleh ahli2nya
duit kerajaan-- adalah milik rakyat seluruh Malaysia... duit hasil negara/ rakyat!
wow!kalau kerajaan bagi rm500,PAS bagi rm500 jika dicampur dah seribu...rezeki!rezeki! ni barulah pemimpin beli hati rakyat!!
Duit rakyat untuk rakyat....semua rakyat Malaysia yg berpendapatan kurang dari rm3000 sebulan wajib dapat (T&C apply). Tak kira siapa yg tolong, yg penting duit itu kerajaan Malaysia yg punya. Janganlah angkuh sangat sehingga menampakkan kebodohan diri. Berfikirlah secara +ve dan selalulah bersangka baik. semoga kerajaan Malaysia ni bertahan 100 tahun lagi.
Post a Comment