Monday, January 30, 2012

Jangan Bagi, Walaupun Satu Undi Kepada DAP! Kata Hasan Ali


Datuk Dr. Hasan Ali menasihati para hadirin supaya jangan bagi walau satu undi pun pada parti DAP kerana DAP merupakan musuh Islam.

Datuk Dr Hassan Ali meneruskan sessi ceramahnya malam ini diadakan di Seksyen 17 Shah Alam.

Seramai hampir 5,000 orang hadir untuk mendengar ceramah dari Dr Hasan. Semakin lama ramai yang hadir alhamdulillah berkat kesabaran Dr Hasan Ali dia kini tidak keseorangan seperti yang didakwa oleh Azmin dan parasit dalam Pas.

Menurut kata Dr Hasan Ali, DAP pada luarannya nampak tenang tetapi hati dan matlamat mereka hanyalah untuk memastikan Agama Islam bukan agama rasmi di Malaysia.

Kerana DAP lah hampir keseluruhan pemimpin Pas termasuk ulamak jadi bisu dan pekak tentang kemusnahan akhlak umat Islam di negeri Selangor, kata Dr Hassan sewaktu ceramahnya di dataran Bukit Gantang.

Sebagai umat Islam, kita perlu memberitahu kepada anak cucu kita tentang bahayanya matlamat DAP ini, kata Hasan lagi.

-Sungai Rapat Online

2 comments:

Anonymous said...

kalau tak bagi undi ka dap, kena sokong jati banyak cantek!!! keluar saja dari politik dan ambil saja jadi guru motivasilah.

Anonymous said...

TOLAK DAP DAN KAPIR LAKNAT