Wednesday, March 28, 2012

SMS Rahsia Terkantoi!


Ini baru kes lawak.Kata orang pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.[GAMBAR MESEJ BERKENAAN DI TELEFON BIMBIT DI DALAM].Dari segi prinsip semua Speaker baik Parlimen maupun Dewan Undangan Negeri kena bersikap adil semasa mengendalikan sidang masing-masing.

Namun Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chan Kim kantoi habis Selasa gara-gara beliau tersilap semasa menghantar mesej sulit menerusi telefon Blackberry kepada semua Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat semasa sidang sedang berlangsung.

Dalam mesej sulit itu beliau meminta semua Exco mempromosi kehebatan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Teng buat silap besar dan rahsia tindakannya yang menyalahi etika sidang itu bocor kerana beliau turut hantar mesej berkenaan kepada ADUN Bebas Gombak Setia,Datuk Dr Hasan Ali kerana terlupa beliau bukan lagi Exco.

Makanya mesej sulit itu terus diketahui oleh semua ADUN BN yang sedang hadiri sidang.


Akibatnya mereka bertindak memprotes kerana Teng telah langgar prinsip Speaker mesti bebas dan adil.

Mereka menuntut Teng minta maaf tetapi beliau enggan.

Ekoran itu tujuh ADUN BN bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.

Ada yang kedengaran menyindir inilah contoh keadilan dan kebebasan yang dilaungkan oleh PR.                  - Agendadaily

2 comments:

Johan said...

Speaker ini memang bijak, namun pemalas dan cuai. Bijak kerana ingin menguasai senario sidang dewan, pemalas pula kerana tidak perihatin perubahan yang berlaku dan dan cuai kerana maih hentam aja bila menghantar berita yang penting untuk mereka.
Gambaran keseluruhan pula menunjukkan Pakatan tidak serius, suka main-main dan memperlekehkan sidang. Harap sangat Pakatan ini akan ditukar kembali kepada BN.

Unknown said...

salam, sy sudah follow & linkkan blog anda di blog sy. Mohon tuan blog yg dihormati follow back blog sy & link ke blog tuan. Tks