Thursday, May 24, 2012

Debat PTPTN Rafizi Kantoi! @rafiziramli #desperate!


Apa maknanya pendidikan percuma di TURKI jika kena bayar?

Read the last line: Students have 2 pay a fee of approximately 100-350 US Dollars per year at highr educatn facilities. Read here

Artcle 46 of Turkish Highr Educatn Law: highr educatn is subjectd 2 tuition fee, set differntly by public & private univ. Click here

"There is a tuition fee for higher education". So apa yang Anwar and Rafizi kelentong? Click here

Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu.

1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain.

2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai pendidikan percuma. Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi.

3. Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin ). Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu?

4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:

A) Electronics (21.6 percent)

B) Machinery, Vehicles and other engineered metal products (21.1 percent)

C) Forest industry (13.1 percent)

D) Chemicals (10.9 percent).

E) Agriculture and forestry 4.5%,

F) Industry 18.3%

G) Construction 7.3%

H) Commerce 16%

I) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,

J) Transport and communications 7%

K) Public services 32.4%

Sekarang ini, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?

5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu). Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 68 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia. 

Sumber : Sila klik di sini

6. Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ). Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal.

7. Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak... saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya.

Sumber : sila klik di sini

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
8. Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI.

9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!" 

Sumber: sila klik di sini

10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong betullah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.

Sumber: Sila klik di sini

Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa sebaliknya? Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ?

11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri.

12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah dagingnya.

13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ.

14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU yang lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.

15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain. 

Membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. 

Memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri. 

Memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah. 

Memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti. 

Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai. 

Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada putar belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta.

Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.

Itulah antara pembohongan-pembohongan Rafizi Lembu yang berjaya dikesan oleh rakan FB, Helmi Effendy.

Baca lagi di sini...

10 comments:

hamizahjakir said...

Wah, fakta terbongkar! Syabas usaha anda.. Sya pun nak berkongsi skit.. Bley kan?

1) Hmm sejauh mana keyakinan kerajaan jumlah kewangan yang diluluskan setiap thn terbayar balik? Dah la tak cukup duit, minta lg kt kwps, bank2 mcm cimb dan sbgainya.. Sedangkan dr tahun 1997-2011, hutang ptptn dpt dikutip 10% dr jumlah yang diluluskan.. Tiap2 tahun, ptptn meluluskan hmpir 6b.. Cuba kira2, mjelang 2020, bape dh jmlh yg diluluskan dan bandingkan dgn yg telah dibayr balik.. Mcmna agaknya nak cover duit2 tu erk? Yg teruknya kt golongan muda akan dtg la.. Bila dh hutang ptptn tu meningkat, hah, tyme tu la sbuk nak naikkan cukai utk tampung hutang.. Masa tak dpt diputar beb.. Apa salahnya now la kita cuba cover hutang tu b4 btambah.. tak gitu?


2) Yb Khairy kata akan datang ekonomi meningkat, graduan akan dpt kerja, then akan dapat bayar hutang ptptn..Wow, kenyataan yg yakin sgt? Now pun ekonomi ok2, tp liat juga bayar.. Ala, sama ja mcm now..Hehe.. Ekonomi meningkat, taraf hidup pun meningkat tp kalo dpt kerja pun, brg mahal, lifestyle berubah,,smua jd mahal.. Jd, boleh yakin ke hutang tu terbayar blik? Risiko tuh.. Renung2kan realitinya..

3)Fakta2 En Rafizi mgkin putar belit, tp cuba lihat kerangka yg dia cuba sampaikan.. Jd tak pyh la nak fokus kat fakta2 kelentong yg leceh tu yer.. Apa salahnya kita cuba kerangka tu dlu? Tak salah mencuba..Lgpn kita tahu hutang PTPTN akan semakin meningkat tahun ke tahun.. Tgk yg realiti..Pak Lah dh ckp dulu, MAlaysia Ngara dgn Infrastruktur 1st, tp Mentaliti kelas ke-3.. Kalo dah tahu gtu, cuba kurangkan pmbagunan dulu, tumpukan pendidikan.. Bg yg paling terbaik utk pendidikan.. Ni kan pelaburan jangka ms panjg.. Graduan keluar tnpa pikir hutang, kerja nt berbakti kat ngara dr segi ekonomi, tnga kerja..

4) Cuba fikir, kalo PTPTN mansuh, then bagi pendidikan percuma, sapa yg paling rugi? Mestilah IPTS kan? Gulung tikar beb..Sapa yang bg kelulusan IPTS2 ni? Ofcoz kerajaan.. Alasan, utk br pdidikan kt yg tercicir..Kalo direnung kembali,objtf Pnubuhan PTPTN dulu adalah utk IPTA, bila 2005, trus dibuka utk IPTS.. Wah, duit ptptn mgalir kat IPTS la.. Sapa untung? Stakeholder IPTS la.. Sapa stakehldr IPTS tuh? Hehe.. Sndiri tgk ler yer.. Graduan kluaran IPTS dpt kerja, gaji br brapa, tp hutang berlipat ganda.. Kecian beb.. Nak simpan duit pun susah..

5) Sory to say, lau tgk dr segi pdebatan, bgi sy RAFIZI menang.. Khairy hnya tahu bidas dan tak jwb soalan.. Hehe.. Jwb soalan utk rsuah menteri sorg tu, dia leh jwb.. Tp yg bkaitan dgn diri dia ttg duit petronas tu, tak tjwb..Siap ubah topik lg.. Paling pelik skali, YB Khairy kata wang ptptn diluluskan tuh 30b, tp PM kata 40b.. Mana yg betol nie? Fakta ke Auta? Hehe.. Rafizi cite ttg kerangka modal yg leh dibuat utk lenyapkan hutang ptptn now, n cara nak bg pdidikan pcuma.. Tu kira bgus kan?

Jom renung2kan, dan slamat beramal.. Hehehe..

Anonymous said...

Can anybody tell me apakah kerangka yg boleh membantu melenyapkan hutang ptptn ni?

Anonymous said...

Kalau tak silap,ada Rafizi kata dalam Debat tu.Guna wang yg diberikan petronas tiap2 tahun,cover duit hutang ptptn.Kurangkan pmbangunan yg besar yg sepatutnya bgus dilaburkan utk pendidikan.Kurangkan kos pengurusan yg tak penting.

IPTS kan swasta,dr plajar bg duit ke IPTS,bgus tmbh IPTA tp dptkan krjasama IPTS dr segi tnaga pgajar.

tgk youtube debat tu balik ler. :)

Anonymous said...

Aku pelik r graduan skang.. Kerja nak hebat2, gaji nak besar, kereta nak besar, hutang ptptn seratus sebulan pon xnak byr.. Mcm ni ke kerajaan nak manjakan rakyat? Perghhh

Anonymous said...

Kalau nye aku ni tak mampu atau pon susah untuk bayar balik hutang2 aku dekat bank, mungkinkah pihak kerajaan memikirkan utk memansuhkan bank dan juga hutang piutang aku?Aku rasa pelajar atau pon graduan kena lah ambil tanggungbjawab bersama. Kalau semua nak di spoon fed, makanye mentality kita masih belum bebas kan? The keyword here is responsibility to yourself and the country.

Anonymous said...

hurm.. kerajaan sepatutnya berusaha cari jalan untuk senangkan rakyat, bukan buat duit hasil dari rakyat miskin, boleh la diketegorikan kerajaan yg ada ni sebagai perompak,kalau tak tahu nak urus negara bagi la peluang kat orang lain pulak... dah 54 n tahun ni nak masuk 55 tahun dah so pentadbiran yang ada sekarang ni kurang memberi manfaat pada rakyat.. 55 tahun pemerintahan hanya akan membangkitkan banyak isu.. bg la peluang kat orang lain tadbir negara.. kita tengok lau x ok jugak kita ubah kerajaan lain pulak.. kata negara demokrasi... negara demokrasi.. sejahil2 amerika tu pon diorang pilih demokrasi diorang laksanakan walaupon demokrasi tu diorang yang wujudkan.. tp negara kita pemerintahan diktaktor!...

Anonymous said...

sekarang ni semua orang bercakap ttg MENTALITY. MENTALITY yang baik adalah menerima PERUBAHAN yang BAIK. kadang2 kita perlu keluar dari KEPOMPONG yang kita duduki skrg. kita mencuba sesuatu yang baru. kita CABAR minda kita. barulah kita akan dapat menilai siapa BAIK dan siapa TIDAK. kita bukan nak cari salah orang. kita cari siapa akan buat yang terbaik untuk KITA. bila kita pilih sesuatu yang BARU dan rekodnya lebih teruk dari yang lama, kita tukar kita UBAH KERAJAAN!!!!!!!!!

Anonymous said...

genersi muda adalah generasi yang mudah menerima perubahan, ank muda skrg ni dah x macam dulu, apa yang baik n beri manfaat pada diorg, diorg terima, sikap bertanggungjawab tu perlu ada.. persoalannya sekarang kerajaan sekarang MAMPU menberikan pendidikan percuma pada rakyat, ini dapat dilihat daripada projek2 mega,dan ketirisan wang rakyat bilion ringgit yang ditadbir oleh BN sekarang. that's why kenapa PR nak hapuskan PTPTN. kalaulah kerajaan kita xde duit nk bg kat rakyat sbb xde sumber utk menjana ekonomi negara saya jugak akan mengambil sikap tanggungjawab utk membayar hutang ptptn..dah org HAPUSKAN PTPTN korang nak pertahankan pastu merungut duit xckup nak isi minyak lah ape lah... aku pon xfaham dengan mentality kolot rakyat malaysia ni. alangkah bagus semuanya free kan tenang hati ni...hehehe.

Anonymous said...

petronas bg biasiswa kat seorang student institute teknologi petroleum petronas rm52 ribu untuk setahun pembelajaran xde hal pon. xbising pon. itu cume seorang student instep xtermasuk utp n lain2. sebab itu la saudara rafizi bercakap atas dasar mampu n boleh dilaksanakan.. sbb dah terbukti dah pon. berbilion ringgit petronas keluarkan pelajar dan perkerja yang berkualiti saban tahun.. haha stakat malaysia 5-6 bilion ringgit stahun celah gigi jek..haha.. percayalah.. xpercaya? tanya la student2 instep or utp...:)

Anonymous said...

Lawak..heheh