"I AM BN YV".Kalau melihat anak-anak muda memakai t-shirt biru bertulis perkataan ini jangan silap anggap mereka adalah dari sebuah sayap baru dalam Barisan Nasional.
Kalau nak tahu...mereka adalah dari Sukarelawan Pemuda BN,satu jenama baru yang sedang dipopularkan oleh Pemuda BN.
Ahad, kumpulan pertama seramai lebih 300 sukarelawan itu yang dikenali dengan nama ringkasnya BNYV saja menghadiri bengkel sehari di Pusat Dagangan Dunia Putra,di Kuala Lumpur.
Melihat dari suasana dan semangat pada bengkel itu,jangan terkejut satu masa nanti BNYV akan muncul sebagai satu faktor baru dalam arina politik tanahair yang boleh memeningkan kepala pembangkang.
Menariknya peserta pasukan ini terdiri dari golongan belia berbagai kaum dari seluruh negara yang bukan dari mana-mana ahli parti komponen BN.
Status mereka yang bebas itu tentunya akan memberi banyak kelebihan dalam menjadi jentera tambahan kepada Pemuda BN untuk berdepan dengan berbagai tindak tanduk pembangkang.
Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN,Khairy Jamaluddin sendiri yakin BNYV dapat memainkan peranan yang cukup strategik dan penting.
Beliau hadir memberi ucapan kepada BNYV di program itu.Turut sama menyampaikan amanat ialah Setiausaha Agung UMNO/BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Khairy menjelaskan BNYV diwujudkan untuk memberi ruang kepada mereka yang minat politik tetapi tidak mahu menyertai mana-mana parti politik atau mereka yang berdepan masalah untuk masuk mana-mana cawangan parti kerana sebab-sebab tertentu tetapi menyokong perjuangan BN.
Katanya sebenarnya terdapat ramai di seluruh negara yang terdiri dari golongan seperti ini.
Mereka ini sayangkan negara dan ingin memberi sumbangan cuma tidak mahu terikat dengan mana-mana parti politik.
Mereka ini sayangkan negara dan ingin memberi sumbangan cuma tidak mahu terikat dengan mana-mana parti politik.
Beliau gembira kerana kempen menyertai BNYV telah mendapat respon yang baik.
Namun katanya untuk kumpulan pertama ini mereka cuma memilih seramai 500 orang sahaja.
Pemilihan dibuat dengan teliti selari dengan konsep sukarelawan dan mereka yang benar-benar ikhlas.
Katanya tiada ganjaran kewangan ditawarkan bagi mereka yang menyertainya.
Pemilihan dibuat dengan teliti selari dengan konsep sukarelawan dan mereka yang benar-benar ikhlas.
Katanya tiada ganjaran kewangan ditawarkan bagi mereka yang menyertainya.
Hanya lebih 300 sahaja dapat menyertai bengkel pertama ini kerana sebilangan lain menghadapi masalah tertentu untuk datang.
Katanya Pemuda BN merancang untuk menambah penyertaan BNYV dari masa ke semasa.
Mereka bukan sahaja akan berperanan setakat pilihanraya umum ke 13 tetapi akan memainkan berbagai peranan selepas itu.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas bengkel itu,Khairy memberitahu BNYV tidak akan mengantikan peranan jentera Pemuda BN yang sedia ada di bahagian-bahagian.
Sebaliknya mereka akan menjadi jentera tambahan yang akan turut sama membantu menerusi berbagai cara.
Bagi Khairy sebagai orang yang bebas dari ikatan parti politik,BNYV dapat membuat 'engagement' atas dasar peribadi rakan dengan rakan yang lebih berkesan dalam menyampaikan mesej dan menyanggah putar belit pembangkang.
Penyertaan dalam BNYV sentiasa terbuka.
Untuk pertanyaan lanjut boleh juga menghubungi Unit Komunikasi Sukarelawan Pemuda BN, Loganesh Sivabalan, Tel : 010-210 8897 atau Ainul Aizat Ishak, Tel : 012 393 8884
Mereka yang berminat boleh mengikutinya menerusi http:www.facebook.combnyv2012 atau twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com.
Sementara itu Tengku Adnan dalam ucapannya mengakui masalah besar yang dihadapi oleh BN ketika ini ialah ' problem of perception' akibat dakyah pembangkang.
Katanya hakikat sebenar sekalipun bukan 100 peratus sempurna,BN tidak ada masalah.
Namun akibat dakyah dan fitnah pembangkang timbul masalah persepsi ini.
Apapun beliau menerimanya sebagai satu hakikat politik yang perlu dihadapi.
Beliau meminta BNYV turun padang menjelaskan isu berbangkit dalam menangkis gejala ini.
Tengku Adnan menilai peranan golongan belia ini sangat penting dalam menentukan hala tuju negara.
"Kalau sayangkan negara kita marilah kita sama-sama bersatu dengan satu semangat dan tekad untuk mempertahkan negara kita,"katanya.
Beliau memberitahu atas semangat ini juga beliau meninggalkan bidang perniagaan yang memberi pendapatan cukup lumayan di masa lampau untuk cebur diri sepenuh masa dalam politik.
Katanya beliau tidak pernah menyesal dengan keputusan itu kerana dapat turut sama memberi sumbangan kepada negara.- Agendadaily
No comments:
Post a Comment