1.
Isu tempat tinggal atau perumahan merupakan keperluan
kritikal terutamanya di kalangan Anak Muda di Selangor. Kenaikan harga rumah
menyebabkan Anak Muda di Selangor khususnya berada dalam dilema malah ianya juga
amat membebankan kita semua.
2.
Isu ini juga melibatkan hampir kesemua demografi Anak Muda di
Selangor tanpa mengira kaum dan agama. Setiap anak muda yang berada di Selangor
sedikit sebanyak terasa dibebani dengan masalah perumahan sehinggakan ianya
menjejaskan kualiti hidup mereka.
3.
Masalah perumahan ini juga sebenarnya perlu diberikan
keutamaan dan kami berpendapat bahawa ianya menjadi tanggungjawab Kerajaan
Negeri untuk menyediakan perumahan mampu milik atau pun kos rendah dan kos
sederhana kepada Anak Muda yang
memerlukan.
4.
Tambah menyedihkan, Kerajaan Negeri bukan sahaja mengabaikan
tanggungjawab ini malah tergamak berjanji bulan dan bintang demi meraih
kepentingan politik sendiri.
5.
Isu perumahan mampu milik ini bukan kali pertama dibangkitkan.
Ianya pernah dibangkitkan sebelum ini. Malah Koordinator BN, Dato Sri Ir Mohd
Zin sendiri pernah menyuarakan pendapat beliau berhubung isu ini.
6.
Lantaran tekanan yang dihadapi, Kerajaan Negeri melalui Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor telah
mengeluarkan IKLAN di salah satu akhbar menyatakan jumlah rumah kos rendah,
rumah kos sederhana dan rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan Negeri
Selangor sejak 2008.
7.
Melihat kepada angka-angka yang dikeluarkan, Kerajaan Negeri
sebenarnya cuba mengaburi mata rakyat Selangor dan memberikan indikasi bahawa
mereka kononnya selama ini berusaha untuk menyediakan rumah mampu milik kepada Anak
Muda di Selangor.
8.
Namun begitu, nampaknya sekali lagi Kerajaan Negeri terperangkap
dengan tindakan mereka sendiri. Ini kerana, dalam Mesyuarat Pertama Persidangan
Penggal kelima DUN Selangor pada 26 Mac 2012, Exco yang sama telah menjawab
soalan daripada ADUN BN mengenai bilangan rumah dan jenis unit yang dibina
sejak 2008 hingga kini.
9.
Amat mengejutkan kerana statistik jawapan yang diberikan
ketika Sidang DUN dengan iklan yang dikeluarkan adalah tidak konsisten dan sangat
berbeza sama sekali. Tambah meragukan lagi, ada kawasan yang diumumkan mengalami
pertambahan mendadak. Malah ada juga beberapa kawasan yang menunjukkan
penurunan jumlah rumah yang dibina.
10. Perbezaan yang
sangat “significant” ini lah yang menimbulkan tanda tanya kepada rakyat sama
ada “fact and figure” ini hanyalah fakta atau rekaan semata.
11. Jadual di bawah menunjukkan
contoh perbezaan “fakta” bagi Rumah Kos
Rendah (RM42,000 ke bawah) yang telah disiapkan antara jawapan pada sidang
DUN dan iklan dalam akhbar.
Bil
|
Daerah
|
Bilangan
Unit (Jawapan sidang DUN)
26
MAC 2012
|
Bilangan
unit
(Sinar
Harian)
30
OKTOBER 2012
|
1
|
Gombak
|
180 (siap dan diduduki)
|
2,193
|
2
|
Hulu Langat
|
0
|
1,510
|
3
|
Klang
|
0
|
0
|
4
|
Kuala Langat
|
0
|
0
|
5
|
Petaling
|
0
|
1,696
|
6
|
Sepang
|
0
|
880
|
7
|
Hulu Selangor
|
107 (siap dan diduduki)
|
0
|
8
|
Kuala Selangor
|
Tiada Projek
|
191
|
9
|
Sabak Bernam
|
Tiada Projek
|
0
|
12. Selain itu,
perbezaan yang ketara juga ditunjukkan dalam rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan sejak dari tahun 2008
hingga 2012.
Bil
|
Daerah
|
Bilangan Unit
(Jawapan sidang DUN)
26 MAC 2012
|
Bilangan unit
(Sinar Harian)
30 OKTOBER 2012
|
1
|
Gombak
|
694
|
3,871
|
2
|
Hulu Langat
|
0
|
923
|
3
|
Klang
|
132
|
0
|
4
|
Kuala Langat
|
0
|
0
|
5
|
Petaling
|
0
|
4,242
|
6
|
Sepang
|
0
|
0
|
7
|
Hulu Selangor
|
0
|
0
|
8
|
Kuala Selangor
|
0
|
3,423
|
9
|
Sabak Bernam
|
0
|
22
|
13. Dapat diperhatikan,
data pada Daerah Klang menunjukkan bahawa terdapat 132 bilangan unit yang
sedang dibina ketika Exco memberikan jawapan dalam sidang DUN namun pada iklan
dalam sebuah akhbar, data tersebut adalah 0. Data juga begitu mencurigakan bagi
kawasan seperti Petaling apabila dalam iklan di akhbar, ianya menunjukkan sejumlah
4,242 rumah kos rendah sedang dalam pembinaan sedangkan 7 bulan sebelumnya,
tiada sebarang rumah yang dibina di kawasan tersebut.
14. Persoalannya, angka
manakah yang harus diterimapakai? Dimanakah lokasi sebenar perumahan ini? Apakah
justifikasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menentukan jumlah
rumah yang akan dibina di sesuatu kawasan dan siapakah pemaju yang membina
rumah tersebut?
15. Adalah mustahil
jika mereka berkata bahawa rumah ini masih dalam perancangan dan belum dibina
kerana mereka juga mengeluarkan data-data bagi rumah kos rendah yang baru diluluskan dan masih belum dibina.
Bil
|
Daerah
|
Bilangan Unit
(Jawapan sidang DUN)
26 MAC 2012
|
Bilangan unit
(SInar Harian)
30 OKTOBER 2012
|
1
|
Gombak
|
778
|
1,278
|
2
|
Hulu Langat
|
708
|
1,300
|
3
|
Klang
|
170
|
5,059
|
4
|
Kuala Langat
|
1,730
|
176
|
5
|
Petaling
|
550
|
1,540
|
6
|
Sepang
|
562
|
280
|
7
|
Hulu Selangor
|
0
|
0
|
8
|
Kuala Selangor
|
0
|
357
|
9
|
Sabak Bernam
|
0
|
0
|
16. Perbezaan antara
bilangan unit yang disebut dalam sidang DUN dengan IKLAN yang dikeluarkan dalam
sebuah akhbar begitu ketara sekali. Persoalannya, mana satukah yang benar?
Adakah Kerajaan Negeri sengaja memanipulasikan angka-angka ini bagi menunjukkan
mereka sebenarnya membuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini ataupun ianya
sebenarnya hanya wayang sahaja?
17. Kami juga ingin
bertanya tentang bagaimanakah Kerajaan Negeri membuat prosedur pendaftaran
kepada penduduk Selangor jika mereka ingin memiliki rumah kos rendah ini?
Adakah ianya secara ‘first come first serve’ ataupun secara undian ataupun
perlu melalui proses-proses tertentu? Bagaimana pula dengan isu kelayakan dan
kemampuan? Sehingga kini, berapa ramaikah yang telah memohon dan berapa
peratuskah anak muda yang diberikan peluang untuk mendapatkan rumah kos rendah
ini dari keseluruhan permohonan, jika ada?
18. Dikesempatan ini
juga, kami ingin mengalu-alukan Anak Muda seluruh Selangor yang berhasrat untuk
memiliki rumah kos rendah agar menelefon talian Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR)
1300-22-2626, BN Selangor bagi memberikan butiran peribadi agar kita sama-sama
dapat membantu menyelesaikan kemelut perumahan di kalangan Anak Muda di
Selangor.
Sekretariat
Orang Muda Selangor (SERANG)
Majlis
Belia Negeri Selangor
Pemuda
UMNO
Pemuda
MCA
Pemuda
MIC
No comments:
Post a Comment