Thursday, December 27, 2012
Hasan Ali Minta Hadi Jelaskan Amanatnya Dan Bertaubat!
Presiden Gerakan Memartabatkan Umat (JATI) Datuk Dr Hasan Ali meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil memberi penjelasan segera kepada umat Islam dan menarik balik amanatnya - yang dibuatnya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Terengganu pada 1981- serta bertaubat.
Hasan, yang pernah menjadi exco agama kerajaan negeri Selangor, berkata penjelasan itu penting agar tiada lagi perbuatan yang menyalahi akidah berlaku di kalangan penyokong parti kerana ia dilihat lebih memudaratkan daripada kebaikan.
Atas faktor itu juga, beliau mendesak Abdul Hadi agar tidak mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan perkara itu menjadi rumit.
"Malahan kita juga sedia untuk menganjurkan muzakarah antara ulama PAS dan memanggil ulama dari luar negara untuk membincangkan soal amanat Haji Hadi itu," katanya kepada pemberita semalam.
Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata, pendedahan yang dibuat media mengenai kesan amanat Haji Hadi hanyalah gambaran 10 peratus berbanding realiti kesannya dalam masyarakat Islam kini.
Katanya, amanat Haji Hadi yang diuar-uarkan PAS ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berusia 35 tahun dahulu memberi impak negatif kepada akidah atau kepercayaan di kalangan masyarakat Islam.
Dr Hasan berkata, beliau amat terkejut dengan laporan media terhadap kesan amanat itu sehingga menyebabkan berlakunya solat dua imam, perceraian dan perpecahan keluarga di kalangan masyarakat Islam, hanya disebabkan perjuangan politik berbeza.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment