Sunday, March 3, 2013
Tidak Sangka Ahli Keluarga Sendiri Maut - Al-Fatihah Supt Ibrahim Lebar
BESUT – Keluarga pegawai kanan polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna, Sabah malam tadi, tidak menyangka laporan berita yang dibaca di Internet melibatkan adik beradik mereka sendiri.
Kakak pegawai kanan polis itu, Mek Nab Lebar, 60, berkata berita mengenai kejadian yang mengorbankan Supt Ibrahim Lebar, 52, dibaca oleh adik bongsu mereka yang menetap di Melaka dan mengkhabarkan berita buruk itu kepadanya malam tadi.
“Hati ini dah mula tidak berapa sedap tapi kami tidak berapa percaya dan ambil keputusan terus hubungi isteri Allahyarham, Rosiah…dia juga mengatakan tidak dapat menyatakan kepastian.
“Akhirnya pagi ini kami terima berita kematian adik saya itu daripada isterinya kira-kira pukul 8 pagi setelah dimaklumkan oleh polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jabi dekat sini, hari ini.
Ibrahim dan empat lagi anggota polis terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah kira-kira pukul 8 malam tadi.
Ibrahim dari Cawangan Khas, Bukit Aman berada di Semporna sejak dua minggu lepas dan difahamkan akan pulang ke semenanjung hari ini.
Ketika pemberita tiba di rumah kakak Ibrahim tengah hari ini, keluarga itu sedang bersiap untuk ke rumah Allahyarham di Seksyen 15, USJ, Subang Jaya, Selangor.
Ibrahim yang dipanggil ‘Sudin’ oleh anggota keluarganya adalah anak kesembilan daripada 10 beradik dan dia seorang yang ramah dan mudah mesra dengan sesiapa yang ditemuinya.
Mek Nab berkata adiknya itu mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Alor Lintang, dekat sini sebelum memasuki kerjaya sebagai Inspektor Polis selepas menduduki Sijil Tinggi Persekolahan (STP).
Selepas bekerja, Ibrahim melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Ijazah Sarjana di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mek Nab berkata kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham ialah pada 24 Jan lepas ketika mengadakan kenduri Maulud Nabi di rumah peninggalan pusaka keluarga, di kampung itu.
“Sudin paling suka makan nasi kerabu, tiap kali balik ke Besut dia pasti membelinya atau menyuruh saya membuatnya untuk dimakan bersama isteri dan anak-anaknya,” katanya.
Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Jenazah Ibrahim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ, Subang Jaya atas permintaan isterinya yang bertugas sebagai pegawai di sebuah bank di sana.
Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Allahyarham ASP Zulkifli dan allahyarham ACP Ibrahim kedua duanya menjadi korban pencerobohan tentera Sulu diLahad Datu dan Semporna berasal dari Besut?
KERAJAAN MALAYSIA PATUT SERAHKAN SAJA SABAH KEPADA KESULTANAN SULU. ITU SAJA PENYELESAIAN YANG PALING AFDHAL.
KERANA SABAH ADALAH HAK MEREKA. MALAYSIA HANYA MEMAJAK TANAH JAJAHAN ITU.
TIDAK SALAH MENGAKUAI KESILAPAN. YANG PENTING TIADA NYAWA YANG AKAN TERKORBAN LAGI.
AKU PERCAYA SERUAN JIHAT SUDAH BERGEMA DIKALANGAN MEREKA DAN NEGARA2 ISLAM YANG LAIN UNTUK MENDAPATKAN TANAH MILIK MEREKA SEMULA.
MEMANG PERIT UNTUK MENGAKUI KESILAPAN YG LEPAS DAN UNTUK MENYERAHKANNYA BALIK, TETAPI, JIKA KITA LAKUKAN KERANA ALLAH, INSYA-ALLAH SEMUANYA AKAN SELAMAT. KEREDHAAN ALLAH ADALAH LEBIH UTAMA.
anon 9.15 pm.... awat bodohnya pikir macam tu. hg ni sekolah ke tak. hg dah baca sejarah sabah dan kerajaan sulu sebelum buat cadangan mcm ni. kalau tak tahu jgn nak mengkomen. orang akan nampak nyata kebodohan kita. Walaupun niat tu baik tapi jgn tunjuk sgt bodoh kita tu.
NAK SOROK KEBODOHAN SEHINGGA RAMAI LAGI YANG AKAN TERKORBAN?
Perghhhhhhh.....!!!!
Itu adalah harta mereka la beb. Malaysia hanya memajak tanah tersebut.
Kau orang ada baca tak surat perjanjian tu atau tak pernah tengok langusung?
Kau orang tak perasan ke dan tak pernah lihat ke resit2 pembayaran yg dibuat setiap tahun oleh Kerajaan Malaysia sebagai 'Ufti" pada Kesultanan Sulu terhadap PAJAKAN tanah si Sabah tu?
Kau orang pernah lihat ke minit mesyuarat/perjumpaan AGENDA perbincangan antara pemimpin2 malaysia dgn Kesultanan Sulu mengenai PAJAKAN Sabah ini?
Kalau tak pernah, jangan berbicara di sini. Semuanya masih elok disimpan oleh pewaris Kesultanan Sulu. Ini semua akan menjadi bukti di Mahkamah Antarabangsa nanti.
Sebab itu aku kata, KERAJAAN MALAYSIA JANGAN MENIPU DAN MENGORBANKAN RAKYAT YANG TIDAK BERDOSA DISEBABKAN OLEH KEDEGILAN DAN KERAKUSAN MEREKA UNTUK BERKUASA.
Sekarang ni sudah kedengaran SERUAN JIHAT dikalangan mereka dan masyarakat antarabangsa khasnya kaum muslimin untuk mendapatkan balik hak tanah mereka. SEKARANG NI MALAYSIA DIGAMBARKAN SEBAGAI PENCEROBOH.
Sebab itu aku kata adalah lebih AFDHAL kita serahkan balik tanah PAJAKAN ini pada yang empunyanya. Tidak guna mempertahankan tanah yang bukan milik kita. Akan lebih banyak nyawa orang2 Islam akan terkorban. Perjuangan mereka untuk mendapatkan tanah milik mereka adalah sah di sisi Islam. Perjuangan mereka sudah menjadi JIHAT pada mereka.
BIAR KITA MALU DI DUNIA, TAPI, KITA TIDAK AKAN MALU DI HADAPAN ALLAH, NABI MUHAMMAD DAN SEKELIAN KAUM MUSLIMIN DIAKHIRAT.
Anon 10:05 PM yg sengal...
http://malaysia-instinct.blogspot.com/2013/03/krisis-lahad-datu-pemberontak-kiram.html
Fakta semua perjanjian (Perjanjian Pajakan North-Borneo 1878
) dah lama tersiar dalam blog2 sejak seminggu lepas. Pi tanya pakcik google kalo malu nak tanya orang lain.
Aku sgt pasti pihak yg sorok kebodohan tu tak lain tak bukan diri ko sendiri..
Akhirnya ada pro PR mengaku ingin mengeluarkan Sabah dari Malaysia, walaupun sebelum ni semua cuba menafikan...
Apa kata korang bagi bukti penipuan kerajaan Malaysia, baru seronok nak sembang lebih2.
Apapepun, aku bersyukur kerana Allah sediakan kita manusia yg sengkak angin mcm pro PR ni (yg gemar menulis tanpa akal & fakta kukuh) supaya kita dpt jadikan tauladan dlm memperbaiki diri..
ALLAH DAH BERPESAN, JIKA KAMU BERBALAH-BALAH SESAMA ISLAM, BALIKLAH KEPADA AL-QURAN. AL-QURAN DAH BERPESAN, ORANG YANG MEMINJAM, MEMAJAK ATAU MENGAMBIL HARTA SESEORANG, HENDAKLAH DIPULANGKAN KEPADA EMPUNYANYA JIKA KAMU ORANG2 YANG BERIMAN.
MALAYSIA SUDAH SAH MEMAJAK TANAH SABAH DPD KESULTANAN SULU, MAKA, PULANGKANLAH KEPADA EMPUNYANYA.
TAK RUGIPUN. TAPI, KALAU MASIH KERAS KEPALA, MAKA, AKU PASTI AKAN BANYAK LAGI NYAWA ANGGOTA KESELAMATAN KITA YANG AKAN TERKORBAN. SUDAH PASTI MEREKA AKAN TERUS BERJIHAT UNTUK DAPATKAN TANAH MEREKA SEMULA.
ALLAH DAH BAGI PANDUAN, TAPI, KITA MASIH MENOLAKKAN. TUNGGULAH HARI KEHANCURAN DAN KEMATIAN YANG SIA-SIA.
My dear al-Malaik.
Ini bukan soal parti mana ka? Ini soal kebenaran. Baliklah kepada al-quran. Kita sesama islam wajib rujuk balik al-quran bila kita bersengketa. Jangan menafikan yang benar. Jangan menyorokkan kebenaran dpd pengetahuan orang ramai. Tapi, apa yang berlaku ialah Kerajaan Malaysia masih berkeras kepala dgn menafikan yang hak. Akan banyak jiwa yang tak berdosa terkorban kelak disebabkan kebongkakkan kita.
Sanggupkah kita melihat lebih banyak jiwa anggota keselamatan kita terkorban dgn sia-sia sahaja?
BENGONG PUNYA MALIK. NAMA DAH CANTIK TAPI OTAK SONTOT.
SIANON TU SURUH BALIK SEMULA PADA PANDUAN AJARAN AGAMA ISLAM DAN RUJUK AL-QURAN. BUKANNYA NAK SURUH MASUK PARTI MANA KA?
TU LA HAMPA NI. BILA ORANG SURUH BUAT YANG ELOK, HAMPA DOK PIKIAQ PARTI ITU LAH, PARTI INILAH. BILA NAK SELESAI MASALAH MACAM NI. MEMANG WAJARPUN SI ANON TU UTARAKAN PENDAPATNYA UNTUK KEBAIKAN.
sume nya bangang...anon pn bgaang..ko ni rakyat mane?dulu pg sekolah blajar sejarah x?ada baca mana sejarah kt internet?tntu xkn?bodoh tu cbe simpan2 cikit..hang tau ke x pasal Perjanjian Pajakan North-Borneo 1878?ke ni first time hang degaq?xtaw bertanya jngan bwt2 taw ni kn da terserlah kebodohan dan kebangangan hang..atau hang ni rakyat sulu yg dpt kerakyatan tu?
Post a Comment