Friday, July 26, 2013
Pemilihan MT 5 Oktober, Perhimpunan Agung UMNO 2 – 7 Disember
Pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan berlangsung pada 5 Oktober depan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan bermula 2 hingga 7 Disember 2013, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Tahun ini adalah tahun pertama perlembagaan baru UMNO akan dikuatkuasakan, justeru kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti adalah berdasarkan kepada Perlembagaan baru,” katanya.
Ujar beliau, pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli MT, peringkat Bahagian dan peringkat pergerakan sayap-sayap akan diadakan pada 7 September (Sabtu) di Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Berikutan dengan itu, persidangan sayap pergerakan dan pemilihan serentak sayap pergerakan akan berlangsung pada 28 September (Sabtu).
“Melalui Perlembagan ini, ia akan jadikan UMNO lebih demokratik dan lebih inklusif kerana jumlah yang memilih pimpinan tertinggi parti lebih besar jumlahnya iaitu dalam lingkungan 150,000 berbanding dengan sebelum ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, hari ini.
Jelas beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia, penglibatan ahli yang lebih besar akan mencerminkan semangat dan hasrat kita untuk jadikan UMNO lebih terbuka.
“Dengan kita membuka ruang yang lebih luas, kemungkinan berlaku muka-muka baru adalah lebih tinggi yang akan terpilih.
“Dengan kedudukan berasaskan Perlembagaan baru, saya yakin ahli-ahli UMNO akan dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan asas lebih kukuh dan dengan kepimpinan mereka itu juga boleh diterima oleh parti dan rakyat. Kita bukan saja mahu pemimpin yang berjaya dalam UMNO tetapi yang penting adalah yang berjaya dalam pilihan raya nanti.
“Kita harap UMNO sebagai parti yang dapat diterima oleh rakyat jadi UMNO mesti mengetengahkan pemimpin yang disenangi oleh rakyat. Proses pemilihan parti diharap dapat melontarkan mereka yang kesudahannya dapat mencerminkan imej yang positif dikalangan rakyat.”
Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan keputusan MT yang bersetuju dengan cadangan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berhubung pengurusan pentadbiran UMNO Bahagian Sungai Petani dan UMNO Bahagian Padang Serai yang pentadbirannya dikembalikan sepenuhnya kepada pentadbiran UMNO bahagian masing-masing.
Najib turut memaklumkan berkaitan kedudukan keahlian UMNO bermula 1 Januari hingga 22 Julai 2013 yang bertambah sebanyak 113,959 menjadikan jumlahnya keseluruhan ahli UMNO adalah 3,441,946. (UMNO-Online)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bila bn menang kerana ... umno menang dan juga kerana undi melayu ...
ah jib gol masih lagi bercakap ... pemimpin umno yang akan dipilih dalam PAU nanti mestilah yang boleh memberi kemenangan kepada bn ...
nampak sangat dia masih mengharapkan pimpinan umno mestilah terdiri daripada mereka yang menyembah cibaibeng dan keling pariah ...
dia tidak peduli pada nasib bangsa melayu ...
kerana dia yakin ... majoriti melayu akan kekal mengundi umno ...
kerana dia melihat kemenangan umno di besut membuktikan teorinya itu kekal utuh selamanya ...
singkirkan ah jib gong ... biarkan dia golllllllllll....
pemimpin umno mestilah dari yang berani mempertahankan hak melayu ...
bukannya terdiri dari yang ...
lembut macam kucing garfied ...
lembu macam ah jib gong ... terima saja perbodohan yang dibuat oleh cibaibeng dan kekal merayu-rayu puak cibaibeng ...
lemau macam pak lah bodowi ...
lembik macam kerismudim cium keris minta maaf ...
Post a Comment