Wednesday, September 4, 2013

Ali Rustam Tawar Diri Tanding Jawatan Naib Presiden Umno


Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menyatakan keinginannya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

Mohd Ali bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya di Kuala Lumpur berkata beliau akan menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden selepas kali terakhir beliau memegang jawatan berkenaan pada 2004 hingga 2009.

"Saya menawarkan diri sebagai calon bukan untuk menentang sesiapa sebaliknya untuk memberi pilihan kepada ahli parti," kata Mohd Ali, 64, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tindakan beliau itu dijangka menghangatkan lagi saingan bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad juga telah menyatakan pendiriannya untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam parti.

Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal juga telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan mereka.

Mohd Ali merupakan bekas Ketua Menteri Melaka dari 1999 hingga 2013. Beliau telah bertukar angin dengan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu namun impiannya untuk berkecai apabila beliau tewas di tangan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin. -Mstar

~Memang hangat bangat!

No comments: