Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dari perti besi di rumahnya.
"Saya telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumah saya.
"Pihak polis dan forensik telahpun datang dan membuat siasatan di rumah sejak malam semalam," katanya dalam kenyataan di Twitter. Kiriman itu disertakan laporan polis berkenaan.
Beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak sahih.
Dalam laporan polis itu, Syed Saddiq berkata beliau kali terakhir membuka peti besi berkenaan pada 13 atau 14 Mac lalu. "Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah dan bilik kemas.
"Peti besi milik saya telah saya tetapkan kod rahsia dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu di mana saya simpan," katanya.
Sementara itu Papagomo di twitter, berkata. “Bertabah lah bro, RM250 ribu tu Saya tahu duit hasil kamu menabung sejak lahir. Ini duit makan ada ke tak? Takde roger aku bank in.”
[ Jika anda menyukai video ini mohon [SUBSCRIBE] [SHARE] dan [LIKE] sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Sokongan anda amat saya hargai. Terima kasih.
#SyedSaddiq #PapaGomo
No comments:
Post a Comment