Tuesday, March 24, 2020
Kerajaan Negeri Selangor Main Politik Dalam Suasana #COVID19 ? – Shahril Hamdan
KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Suffian Hamdan hari ini melahirkan kekesalahannya dengan perkiraan politik yang digunapakai oleh kerajaan negeri Selangor di saat negara sedang berperang dengan wabak #Covid19 dan ianya satu tindakan sangat keterlaluan dan tidak menunjukkan kematangan Menteri Besar dan barisan EXCO yang ada.
Tambahbyan, beliau aamat kecewa membaca status YB Rizam Ismail, Ketua Pembangkang DUN Selangor bahawa kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa bantuan RM30 ribu di bawah pakej rangsangan ekonomi negeri tidak akan disalurkan secara terus kepada 9 orang Ahli Dewan Negeri pembangkang.
“Menteri Besar sebelum ini telah mengumumkan peruntukan RM30 ribu kepada semua 56 kawasan Dewan Negeri bagi tujuan aktiviti Mesra Rakyat, khususnya untuk keperluan harian individu dan keluarga yang terkesan akibat #Covid19
Ini bukan soal peruntukan biasa, ini pakej rangsangan yang berkait langsung dengan #Covid19. Saya yakin ADUN pembangkang pun tak ada minat nak ambil “mileage” politik melalui pakej ini.
Tindakan kerajaan negeri ini juga jelas bertentangan dengan sikap terbuka kerajaan pusat yang hari ini bersetuju untuk mengagihkan bantuan khas berjumlah RM130 juta kepada semua negeri di Malaysia bagi membantu menangani krisis COVID-19 tanpa mengira fahaman politik kerajaan negeri masing-masing,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya semalam.
Lebih jelas, ia langsung tidak mencontohi Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Johor yang faham ini bukan masa bermain politik – mereka salurkan kepada semua ADUN.
Dalam konteks ADUN-ADUN Muafakat Nasional di Selangor yang tidak diberi peranan, semuanya adalah YB di kawasan luar bandar atau pinggiran bandar.
“Rakyat luar bandar sudah mula teruk terkesan, contoh mudah – kilang sawit banyak sudah tidak beroperasi dan tak beli sawit. Lori sudah tak ambil kelapa, pasar tani tutup, hasil kampung tidak keluar.
Pengumuman KWSP hari ini permulaan baik, tetapi sejauh mana orang luar bandar ada KWSP? Hakikatnya, ramai penduduk luar bandar yang bergantung harap hasil pertanian.
Dalam senario ini, seharusnya biarlah ADUN yang dipilih rakyat dan paling dekat dengan rakyat mengurus pakej rangsangan Selangor itu. Saya harap MB Selangor boleh pertimbang semula keputusan tidak wajar ini,” ujarnya lagi yang juga merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Sumber - malaysianview.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment