Monday, June 15, 2020

DUA ADUN SABAH UMUM KELUAR PARTI, WARISAN BAKAL TUMBANG?




Two Upko state assemblymen quit party!


The Warisan-led state government today said Sabahans are sick of the “political manoeuvres” that started in Peninsular Malaysia, following the resignation of two Upko assemblymen from the party.

---


ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut, Datuk James Ratib berbuat demikian kerana sudah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti terutama Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau selepas keluar Barisan Nasional (BN) untuk bersama Pakatan Harapan (PH).

Selepas menafikan khabar angin akan meninggalkan UPKO pada minggu lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu,  Datuk Limus Jury hari ini bagaimanapun meninggalkan parti itu.

Dalam sidang media hari ini, ADUN Sugut, Datuk James Ratib turut mengambil langkah sama.

Tindakan kedua-dua wakil rakyat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu keluar parti adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Ekoran pengumuman itu, kedua-dua mereka kini menjadi ADUN Bebas dan belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti.

Bagaimanapun, mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kepimpinan UPKO kerana memberi peluang bersama-sama dalam kerajaan negeri," katanya James dan Limus.

Terdahulu, Limus Jury menegaskan beliau masih merupakan seorang Adun kerajaan dari UPKO ketika ditanya pemberita berkenaan khabar angin mahu meniggalkan parti itu.



Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  


Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Social Media:

1 comment:

Anonymous said...

Formula Wak Jemin Tepok Berderai makin betul

Formula Wak Jemin
Tepok Berderai = 129-1
= 107

Formula Rapiji Bang Non dan Bang Saif suma ke laut dalam

Kah kah kah..!!