Monday, June 29, 2020

LAPORAN POLIS DESAK TINDAKAN TEGAS BERHUBUNG BUKU HINA JATA NEGARA !





Jata negara adalah identiti negara kita. Mengubahsuai jata negara bermakna menyerang dan mencemarkan identiti kita. Mohon pihak berwajib ambil tindakan segera atas isu ini !

Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Pas membuat laporan polis berhubung kulit hadapan sebuah buku yang didakwa menghina Jata Negara.

Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, isu sebegini boleh menggugat ketenteraman awam.

"Saya berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat secara terperinci berhubung kes ini.

'Saya difahamkan buku ini diterbitkan pada tahun lalu, adakah buku ini mendapat kelulusan daripada KDN atau dijual di luar negara," katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizam Abdullah Hamidi, Exco Pemuda PAS, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai; Exco Pemuda MCA, Lim Soon Pin dan setiausaha Pemuda MIC, G Theeageesh.

Sementara itu, Mohamed Nizam meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mengambil tindakan tegas terhadap pereka grafik kulit buku berkenaan.

"Kita minta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pereka yang menghina lambang negara.

"Ia bukan soal agama dan bangsa, tapi soal tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang memandang serius terhadap isu ini," katanya.

Mohamed Nizam menyifatkan, kulit hadapan buku yang mirip Jata Negara itu memberi gambaran merendah-rendahkan taraf Jata Negara dan memberikan gambaran buruk tentang negara kepada pembaca buku tersebut.

"Saya mengesyaki rekaan kulit buku itu sengaja dibuat begitu untuk merendahkan taraf lambang rasmi negara selain bermotifkan politik untuk menghasut kebencian kepada negara," katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Faizzuddin pula memaklumkan, kes itu sebagai percubaan awal untuk memberikan ancaman kepada negara.

"Kita percaya ini hanya permulaan dan akan datang lagi 'serangan' yang lebih dahsyat kepada negara kita.

"Apa mesej kami? Mesej kami ialah 'enough is enough!' Sehingga setakat ini saja mereka boleh melampaui batas," tegasnya.

Dia turut memberi amaran agar tiada pihak yang 'melanggar lampu merah'.

"Kita akan menganjurkan perhimpunan yang lebih besar daripada Himpunan Icerd sekiranya perkara ini berlanjutan," katanya.


Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  


Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Social Media:

1 comment:

Anonymous said...

Tak suka Malaysia boleh PERGI Australia, tak suka Australia, Melbourne boleh PERGI Kanada, tak suka Kanada Toronto boleh PERGI France!

Dunia TANPA sempadan!